january

office:

ish dah banyak terima calling calling mintak payments, mintak bayaran, bank mintak payments etc etc etc. adehhh. kepala sakit… bukan tannak bayar tapi tak berkemampuan buat masa nih. payment lom masuk and everything i dah spent utk company.tinggal ler few ringgit dalam bank.ishhh…. orang tak tau, tapi itulah hakikat sebenarnya seorang usahawan bumiputra yang tidak mempunyai kroni…..

terkadang rasa terkilan gak, maksudnya dulu i pernah ditawarkan kerja yang gajinya hampir mencecah 100k per year tapi i tolak sebab minat nak berniaga. namun bila dah lama buat ni, rasa sayang lak.dah banyak masa, tenaga dan duit yang dah dilabur.

lagipun, abanglong berniat dalam hati…. kerja ini adalah satu fardu kifayah buat abanglong. jarang orang islam/melayu yg ceburi bidang ini…. moga Allah berikan hikmat dan berkat.. amin.

aircon

abanglong bebel kat budak budak. nak tidow pasang aircon, kira okay lah sebab malam panas. tapi buka full blast. temperature 17 degree.nak beku rasanya.pastu selimut tebal tebal…no point rite hehehe. bukak 26 degree with low fan pun dah kira okeh kan!ni tak, bukak sejuk sejuk pastu selimut tebal tebal.tak paham abanglong.

seafood

ari tu bawak maklong pi makan sifud kat bagan lalang.jauh tapi berbaloi.sampai sana, belok kiri. nama kedai tak ingat tapi dia sebelah tempat kuda tu. order terubok bakar garam, ketam masak cili, udang and sotong goreng tepung.ikan was nice. ketam mmg best and fresh.pulun makan dua dua belah tangan hahahaha.klu makan kat kl, dia bagi tukul utk ketuk ketam.kat situ takder so gigit jer lah hahaha.very nice and sedap.dua orang makan, terbang rm89. murahler kalau bandingkan ngan kl. on the way balik… member sebelah tertidur kekenyangan hehehe.

 

8 Responses to “january”

  1. seafood kat johor pun mahal tahap cipan gak..

  2. seafood kat kuantan pun mahal gak walaupun pantai timur. kat saudi murah. ketam sekilo 5 Riyal aje. baru ni beli ikan parang dekat 1 meter rasanya, baru 5 Riyal gak sekor… tapi kena masak sendiri la. kalau makan kat Pataya Restaurant (Kedai siam) mahal jugak… tak makan seafood pun mahal..

  3. hehe abg long sabaaar..
    anda pasti boleh!!..

    semoga abglong berjaya dunia n akhirat
    aminnnnn

  4. abanglong Says:

    me : kat johor foods mmg mahal rite… bahana singaporean

    neeza : kuantan pun mahal gak ker? bestnyer ketam sekilo 5 riyal. ketam is my fevret tuuu

  5. abanglong Says:

    tun : terima kasih banyak🙂

  6. abglong : never give up! never surrender!

  7. seafud kat melaka pun mahal gak abglong. dah nak masuk 2 years duduk kat melaka ni, org kata ikan fres n seafud sedap… tp i tak rasa sedap mana pun… kita ok jer…
    but kat alai n umbai mmg sedap gak… kat melaka ni mmg byk tempat ikan bakar… tp mahallll…..

  8. athirah – tenkiu the very much

    farzilah – situ dah terlalu komersial.dah jadi mahal…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: