MELAYU 4D

Ari ni abanglong pi office kejap jer. Tak selesa rasanya. Donno why. Pegi pagi, settlekan few things and then balik sambung keja kat umah. I dok dig up old stuff tu, tetiba timbul idea nak write this entry. Well, basically this entri bukan nak menyombong atau bukan nak menghina sesiapa dan tidak terniat untuk abanglong untuk mengutuk atau memprovokasi hehehe. Cerita ini adalah rekaan semata mata berdasarkan pengalaman dan kisah kisah yang menimpa serta peristiwa yg berlaku sepanjang abanglong meniti hidup sebagai seorang “businessman” nih….

4D ? well… bukannya bermaksud 4D nombor ekoq tu.Hehehe… iklan kejap, abanglong ada seorang kawan yang teramat taksub kepada judi nombor ekoq ni.Siap pegi menurunla, pegi jumpa bomoh sana bomoh sini, pegi cari benda2 yang lama dan pelik pelik la, pemerhati eksiden eksiden yang setia dan pakar memutar belit nombor nombor…. tapi, tak kayo kayo gak!!! dah la menda tu tak halal…. ishh

melayu 4D

DUNGU

Abanglong sering di kelilingi oleh jenis2 melayu yang dungu nih. Bermaksud, mereka hanya mengikut segala benda tanpa fikir panjang.Orang suruh buat ni, dia buat ni.Orang suruh pasang tu, dia pasang tu.Walau suruhan itu kadang kadang diluar batasan atau kadang kadang suruhan itu tidak masuk akal. Tapi mereka tetap mengikut tanpa bantahan dan rungutan didepan boss…

di depan boss!

dibelakang…kutuk kutuk boss bagai nak rak.boss bodoh boss mangkuk dan sebagainya. to me, kalau u tak setuju dengan arahan dan tindakan boss, apa salahnya cakap direct ngan boss. cuba tackle boss tu… maksudnya tengok boss tu, macamana cara nak masuk line dia.Boss pun manusia jugak, kalau kena cara dan kena adatnya, dia akan terima gak pandangan kita orang bawahan nih. Alangkah lebih eloknya kalau kita dapat bercakap dengan boss, memberi pandangan dan cadangan… boss, you suruh pasang tu okeh.. tapi apa kata kalau sebelum pasang kita cat dulu! boss pun seronok, kita pun lapang tak yah buat kerja bodoh dua kali…

DAYUS

Ni jenis yang takut tak bertempat.Takut nak mencuba dan takut untuk explore. Tapi utk bercakap dan mengutuk tak pulak takut. Sebagai contoh, kalau disuruh buat sesuatu yang diluar dari kebiasaan… alaaaaa tak payah lah. orang lain sumer buat gini apasal pulak kita kena buat cara lain.Takut untuk bertanggungjawab. Buat kerja pun diam diam takut kalau boss notice kesalahan dan kesilapan lantas mencari siapa yang punya angkara. Tak berani kedepan walaupun mempunyai idea dan pandangan yang bernas. Takut nanti disuruh bertanggungjawab dan melaksanakan idea tersebut. so dari kena buat kerja lebih baik dok diam diam yer tak….

DENGKI

Melayu adalah pemegang PHD tertinggi di malaysia. Perasaan Hasad Dengki yang terlalu menebal dan terlalu sukar untuk dikikis dan dikurangkan.Mereka dengki kalau melihat rakan rakan lebih sedikit dari mereka. (Tapi tak pulak dengki kalau member dia rajin bekerja!!!!) I worked really hard to achieve this so called situation/kedudukan. Bertahun tahun dok universiti dok belajar, tutorial,assignments,project papers,fieldworks,labs,ponteng kelas,experiments, designs and bla bla. habis ribu2 ringgit untuk buat tugasan2,yuran,asrama,asmara,tution,bukuu,fotostat nota member sbb ponteng kelas,lab coat, tools and macam macam. so bila time kerja, bila bergelar jurutera; takyah buat kerja kerja yang memerlukan tenaga incredible hulk, dengki lak dengan abanglong… si adi tu kerja dok depan pc jerrr… si adi tu takyah pun pasang conveyor nih…si adi tu gaji libu libu tapi keja lepak jer…. get what i mean ? masa kat kompeni lama; which is a japanese giant company, abanglong rapat ngan jepun2. bukan apa, si jepun2 ni akan percaya kepada kita kalau kita boleh buat kerja dia and exceed their expectations.dia akan trust kita and dia akan respect kita.lagi satu abanglong nak korek rahsia kejayaan dan kecanggihan otak serta budaya kerja mereka.so budaya tu abanglong amalkan walaupun abanglong dah bekerja sendiri.and tu pasal abanglong senang dapat kepercayaan jepun jepun. ada pulak yang dengki.. kau lupa daratan… nak kawan ngan jepun jerrr…. buat citer abanglong sering mabuk2 bersama jepun2 tu and so on…

DAJAL

Ini sifat terakhir dan paling bahaya. Bayangkan… si A dan si B. Dua dua berniaga restoran. Berniaga kedai makan di  satu kawasan perumahan yang sama.Kira kedai kedai mereka berjiran lah. Si A ni rajin membaca, tengok AFC (asia food channel mind you) beli buku chef wan dan baca blog blog foods yang banyak dalam internet. So kedai si A ni sentiasa memperkenalkan resepi baru dan juga tema kedainya sentiasa ceria, fresh dan segar. Manakala si B ni pulak dungu.. malas nak buat kerja lebih.. alaaahhh mak aku dulu pun niaga gak.. alaaa buat apa nak jual steak.. orang melayu tak makan daging mentah ni and bla bla bla. watper nak tutup lambat… mana ada orang nak makan jam 2 pagi… si B dayus untuk mencuba benda benda baru. takut dan malas untuk mencari resepi terkini dan sering bersikap tidak apa. takkan lari gunung di kejar dan sebagainya. kedai A makin lama makin maju, pelanggan sering penuh dan tersenyum selepas menikmati makanan yang lazat enak dan dengan harga yang berpatutan. manakala kedai si B makin hari makin muram sebab menu yang ditawarkan adalah sama sahaja dari dulu.makanan pulak tidaklah sesedap mana ditambah pulak dengan suasana kedai yang malam dan suram.pelayan yang garang beserta tidak mempunyai maklumat menu yang lengkap. maka timbullah rasa dengki di hati B ini melihat jiran sebelah makin hari makin maju.pelanggan makin ramai dan untung makin besar. dari van bertukar lori, meja bertambah dan pelayan meningkat. namun kedai B juga sering dikunjungi oleh pelanggan2 tatkala melihat kedai A penuh. secara tak langsung, kedai B juga mendapat tempias dari kemajuan kedai A. Tapi si B ni tak senang duduk melihat rakannya itu semakin maju. dan sudah mampu memiliki aset aset mewah disebabkan keuntungan perniagaan. bonus yang lumayan sering diberikan kepada pekerjanya.Si B merasa tidak puas hati melihat kemajuan si A.

Disini timbullah sifat terakhir… sifat  DAJAL.Si B tanpa fikir panjang mencari jalan dan peluang untuk memusnahkan perniagaan si A. Berbagai cara dan bermacam fitnah dilemparkan.. kononnya si A menggunakan ganja dalam masakan. menggunakan pelaris buatan siam.. memberi makanan yang kotor dan bermacam macam lagi. Namun pelanggan tetap menggunjungi kedai A. Ini membuat si B cukup berang dan mendapatkan khidmat pakar pemusnah perniagaan… aka bomoh siam. si B tanpa rasa bersalah mendajalkan perniagaan si A dengan pertolongan bomoh itu.Mambang kuning mambang hijau…. Ini cukup popular dikalangan orang melayu…. tak gitu ??

Maka dengan izin Allah, perniagaan si A semakin hari semakin malap, pelanggan semakin berkurangan dan akhirnya perniagaan A ditutup. Si B tersenyum megah… 4D telah dilaksana dan kini tinggal kedainya sahaja….

Akan tetapi si B tidak sedar….kedatangan pelanggan2 ke kedainya dahulu adalah disebabkan kedai A penuh maka pelanggan singgah dikedainya. Apabila kedai A dah tutup, maka tiadalah pelanggan yang nak makan makanan yang tak sedap mahal dan dilayan macam sial… akhirnya B juga terpaksa gulong tikar!!!!!

Itulah…. melayu 4D. Maaf andai abanglong terkasar bahasa atau entri ini mengutuk bangsa sendiri… tapi abanglong anggap ini sebagai pengajaran untuk abanglong sendiri…. what say u ???

 

anyhow…ini blog aku.lantaklah apa aku nak tulis yer tak!!! ngehngehngeh…

32 Responses to “MELAYU 4D”

  1. hmmm… stuju gaks… apesal ek… lagik2 melayu gak cemtuh??? adeiiiii… sengallll arrr cemnih…

  2. kamilsifu Says:

    aah..memang betul pun..tak tahulah kenapa Melayu dilahirkan macam tu..tapi tak semualah..ada jugak yang bagus kan…tengok business org2 cina..diorang ade tabung khas lagi untuk bangsa diorang..sape yg nak buat perniagaan baru boleh guna tabung 2 sebagai sumber modal..kalau kedai sebelah2 pun tgk best je apek2 or nyonya2 sembang2..diorang tau ade persaingan,tapi jadikan persaingan untuk lg maju..kan bagus macam 2..memang Melayu kena ubah mentaliti! kalau tak sampai bila2 pun Melayu semakin layu…

  3. setuju sangat dengan topic yu nie. memang ramai melayu kategori 4D nie. it happend every where. where ever we go we can see all those plastic surgery yg banyak berpura-pura. thanks coz kupas bout melayu 4D🙂

  4. cermin2kan diri kita..
    salam malam selasa abg long iteww..

  5. setuju sgt dgn pandangan abglong ttg melayu nih…good points!

    rasa yg paling tepat dlm 4 tu is Dengki dan Dajal…contoh resstoran tu mmg benar sebenarnya abglong….biasa la kan bila restoran org maju, mula la ckp pakai mandrem la bagai…melayu kan abglong? hehehe

    ps: apsal dtg hj tapah tak singgah rumah? lenkali bg tau kalau nak dtg lagi…

  6. I say correct correct correct.. hahahahaaa!!!

  7. Walaupun pahit namun itulah kenyataannya. Mari kita ubah, didik anak-anak kita sedari kecil .. akan dtg nanti adalah generasi baru anak-anak kita dengan anjakan paradigma.

  8. adusss …. sensitif tuuu. tapi kan … itulah kebenaran. setuju dgn kamilsifu nye view. anjakan paradigma amat perlu utk gerakkan semula bangsa kita yang makin me”layu”. eh, in the first place sapa agaknya recommend nama me”layu” ni ekk…

  9. kelat : kadang kadang kita terlupa… comfort zone!

    kamilsifu : melayu kebanyakan macam ketam dalam baldi… masing masing tarik menarik untuk melepaskan diri..last last sumer kena rebus!

    mistress : sama sama… bukak pekung didada, demi untuk kebaikan bersama🙂 chehh buleh jadi politikus jugak aku neh wakakakakaka

  10. yginsaf : kita sama2 kena ingat memperingati

    uncle J: tu ler…abglong sedih tgk golongan melayu yg suka bersahabat dengan jin dan setan neh….

    neeza : hehehe mekasih

  11. mm : yeah… semaikan semangat juang utk anak2 disamping ilmu agama yg mendalam.moga mereka boleh mengubah nasib mereka kelak…

    violet : melayu… satu nama yg senang utk impertasi dengan berbagai maksud dan makna.

  12. yeah itulah melayu. typical malay. nak cakap banyak pun nanti kata kutuk kaum sendiri tapi apa yang abglong kata tu memang terbukti. malah pernah terjadi dalam hidup darl.

    sigh

  13. lepas ni buatlah entry sifat sifat bagus/mulia org melayu plak..baru balance..siang kt org melayu kena kutuk depan belakang…. 🙂

  14. Abah Muizz Says:

    abglong, kalau tidak dikecilkan skop pada D sahaja, rasanya banyak benda lagi yang boleh digunakan untuk terangkan orang melayu.

    Pada abah senang saja, orang melayu ni unik. Unik dari segi senang terikut2 dengan benda2 yg negatif – hasad, malas, lembab, ampu, etc.

    Dan melayu ini juga unik, kerana orang melayu jugalah yang banyak tunjukkan sifat positif – ramah, mudah mesra, baikhati, jujur, rasional, pandai, kuat berusaha, etc.

    Cumanya dalam dunia hari ini, yang positif pada org melayu makin terhakis, maka timbullah banyak benda2 negatif yg melekat menjadi “orang melayu”.

    Apa nak buat????

  15. Sorry to say this… but I think I have to agree with you. Shai pernah keje di company Melayu, walaupun boss tu sebenarnya my abang angkat ek… tp disebabkan rasa DENGKI macam-macam citer timbul, kononnya shai ada affair dengan boss (i wish there is.. kaya gak aku… hahaha) dan yang paling tak tahan, shai dipulau selama shai keje di sana. Finally I make a move when my boss is on long leave….walaupun my boss tak setuju tapi dia takle buat apa, pasal masa dia on leave partner dia yang accept my resignation letter. Since then, Shai jadi phobia nak keje company melayu… kalau bab dengki mengki ni kan… standard la… and sorry to say, penyakit ni lebih banyak di kalangan wanita melayu seopis… kalau lelaki ni jarangla… im happy now sebab tempat keje shai skang, i’m the only malay here, i’m the only lady here… less pressure, less PHD…hehehe…

  16. huhu.. tun pun kekadang termasuk dlm golongan di atas.
    pengakuan ikhlas. byk sgt dosa la tun nih.

  17. salam abang long. Kak long setuju dengan entri ini. Kadang kita juga tanpa di sedari melakukan kesilapan yg tergolong dlm kategori di atas. so sama2lah kita beringat dan menjauhi kesilapan lalu. Entri yg bagus utk peringatan bersama.

  18. camana nak baiki semua benda ni kan? rasanya kalau buat kem motivasi ke apa ke pun, eloknya sekejap ajer….adakah ini bermakna org yg lebih berkuasa patut do something about this? since mereka2 yg tak de nama, tak da kuasa susah nak menerapkan nilai2 yg baik utk org2 kita nih….tak gitu?

  19. salam abg long..suka aa layout baru ni..err manusia dungu ker robot?

  20. darling : kita semua pernah mengalaminya.dan kesemua sifat itu ujud dalam diri kita, cuma its how we handle it…that matters.
    doc: will do bila ada idea hehehehe
    abah : itu betul…kita sebenarnya terdidik dengan nilai nilai murni. cuma terkadang kita terkeluar landasan… itu yg kita sama2 perlu ingat mengingati antara kita🙂

  21. shai : opish abglong sumer jantan hahahahaha
    tun : kita sama sumer…. we all makes mistakes.🙂

  22. kak long : mekasih🙂
    alex : tidak perlu… sebab orang2 berkuasa sibuk menjaga telur masing2.
    arsaili : rumah cat baru neh! hehehehehe

  23. errmm, 4D and melayu mmg takleh dipisahkan. agreed with ur statement ni. sometimes, malu ngan kaum lain. haih, entahlah..

  24. smer jantan ek bang… ok nanti nak pakai lady staff, amik shai keje sana ek…😉

  25. betul tu abglong. itu lah sikap org melayu. sering lupa dgn asal usul sendiri. i pun kadang tak paham, kenapa bangsa melayu begitu… ketara sikapnya yang DENGKI, TAK BERANI BERSUARA, MENGATA n MENGUTUK n yada, yada…

    dulu i pernah kerja di local bumi company… rasa mcm kejutan coz terlalu byk sikap melayu yang tak baik i tgk sendiri. terlalu byk hal remeh temeh berlaku. before that i kerja di indian n chinese company… the serounding mmg berbeza… in chinese company they only thing about MONEY! and tak der masa nak DENGKI n MENGUTUK2 ni. In indian company, they alwis think mcm mana nak tolong bangsa sendiri. tak der masa nak DAJAL orang or DENGKI orang ni…

    kenapa kita tak boleh jadi mcm bangsa lain?… apa kurang bangsa kita?

    dekat company skrg ni pun sama…. cuma melayu di sini kurang semangat kemelayuan dan cepat lupa asal usul. sanggup menjatuhkan bangsa sendiri n main tikam belakang semata- mata nak mendapat kepercayaan Japs…

    opsss… abglong… nampaknya your blog dah mcm my blog plak… panjang dah ni. i ni mmg sensitip ckp bab melayu ni! Tak kan melayu hilang di dunia…. tp melayu kan tinggal nama jika tiada perubahan sikap dan kurang jati diri… (cam ahli politik le plak…. )

  26. abg long duduk kat mana? bole jer kalau nak belanja nasi ayam tu..ekekekek…kasi ur hp..nanti sy calling2

  27. erni : moga kita tak terus dilanda demam 4D ini hehehehe

    shai : antar resume bersama ‘gambar’ ! wakakakakakaka

  28. farzilah : i knew it very very well hehehehe

    arsaili : abglong do puchong

  29. ahaks how come the word gambar tu ada inverted comma plak? gambar kat blog tu tak cukup ke?

  30. abanglong Says:

    shai – ngehngehngeh

  31. sungguh dalam makna tawamu itu…. thehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: