tak sesuai dibaca di malam hari…..

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
> 1973.
>
> Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
> pembaca
> budiman.
>
> Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,
> Jerantut .> Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
> nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung
> tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
> setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
> akan berjaya.
>
> Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu
> adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang
> bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
> sebelum  ini.
>
> Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
> melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang
> tersebut  agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba
> mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang
> lebih besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat
> bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang
> sungguh ngeri wajahnya.
>
> Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh
> makhluk  itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
> Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu
> romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
>
> Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan
> kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang
> kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar
> menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang
> tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
>
> Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
> menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang
> kampung.
>
> Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
> seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang
> dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus
> masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
> bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
> matanya berasa amat berat sekali.
>
> Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
> dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
> Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
>
> Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
> mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang
> sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
> bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
>
> Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan
> diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
> bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi
> kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan
> bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
>
> Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali
> kubur.Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh
> berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
> Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
> berat dari lubang tersebut.
>
> Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
> Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa
> yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
> 1-800-88-88- 88
>
> Kerepek Ubi Pedas – RM 2.00 sebungkus
> Kerepek Ubi Masin – RM 2.30 sebungkus
> Kerepek Ubi – RM 1.50 sebungkus
> Kerepek Ubi Mentah – RM 0.50 sebungkus
>
> Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
> perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI…… UBI… SAPER NAK
> BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena… jangan marah…🙂
>

10 Responses to “tak sesuai dibaca di malam hari…..”

  1. adeii… sabar je la.
    mehla anta kepek ubi ke dublin..

  2. ahaks… tah hapa hapa.. huhu

    btw kan adi, taula forwarding email, kalau ye pun buang la menatang ni dulu —-> ” > ”

    p/s: lama x dengar citer adi… bz ke?

  3. kan dah kena tipu!

    sabo ajelah…

  4. hampeh tul….!

  5. tun.. nak pedas ke nak yg masin ?? hehehehe

    shai – ahaks… kemalasan tahap melampau

  6. tun.. nak pedas ke nak yg masin ?? hehehehe

    shai – ahaks… kemalasan tahap melampau

  7. tun- nak yang pedas ker yang masin ??? hehehehe

    shai – kemalasan tahap melampau !

  8. aik…. apsal ada 3 muka aku kuar neh!!!!

  9. pasal 3 kali tekan la adi, syok sangat menekan tu pasal kuar 3 kali… ngeh ngeh ngeh

  10. shai – mmg hobi tekan menekan neh🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: