yang behormat abanglong

para pengundi pengundi sekalian…. seandainya tuan puan,adik kakak semua memilih abanglong, maka abanglong akan laksanakan agenda agenda sepeti berikut…

yang pertama:

cakap cakap jika akan mengurangkan harga minyak, menurunkan cukai dan sebagainya itu adalah kurang logik. maksudnya; cakap-cakap itu mungkin cakap kosong tidak berdasarkan fakta dan data.mungkin selepas abanglong di undi, maka abanglong akan kaji data data tersebut dan sekiranya ianya boleh dilaksanakan, mungkin akan dilaksanakan.tuan puan harus ingat, sumber pendapatan negara sebahagiannya datang dari sumber2 tersebut dan sekiranya sumber itu berkurangan, mungkin negara kita akan jatuh ketaraf negara miskin atau sebagainya.tapi, berikan abanglong peluang untuk abanglong mengkaji dahulu yer adik kakak semua…..

tepuk aaaaa sikit!

yang kedua:

abanglong dah letih dan cukup kecewa dengan situasi permakanan dan status halal haram nih. maka sekiranya abanglong dipilih, akan dilaksanakan satu undang undang yang ketat berkenaan taraf pemakanan halal haram ini.benda2 yang haram takkan kita nak makan dan takkan kita nak suap pada anak anak kita! akan abanglong akta kan satu undang undang dimana sekiranya ada mana mana kedai, supermarket, restoran,produk atau apa apa sahaja yang dijual, ayam, makanan dalam tin, kicap, ubat dan sebagainya.. mesti mempunyai taraf atau tanda halal. dan sekiranya tanda halal itu dipalsukan. maka pengurus, pengarah2 dan pihak atasan itu akan dikenakan satu sebatan.

ingat…. jangan main main dengan halal haram makanan ini.

dan abanglong akan memastikan bahawa proses mendapatkan sijil halal ini tidak membebankan. tidak perlu membayar sejumlah wang yang besar dan tidak perlu diperbaharui setiap tahun. cuma langkah langkah pemeriksaan dan penguatkuasaan akan diadakan sepanjang masa dan sesiapa yang didapati engkar, yang memalsukan logo itu, akan disebat.

usah takut wahai bangsa bangsa yang bukan beragama islam. undang2 ini mudah.jika anda ingin status halal, kemukakan permohonan dan pihak berwajib akan membuat pemeriksaan dan sekiranya ianya menepati piawaian, lesen akan diberikan. tak perlu takut pada sebatan itu kerana sesiapa yang bersalah sahaja akan disebat..kalau anda tidak bersalah, tidak ada tindakan akan dikenakan…

tuan puan hadirin hadirat sekelian

abanglong sering memandu. terutamanya dilebuhraya. sekiranya abanglong terpilih, abanglong akan naikkan hadlaju kepada 140 km/j. ini adalah kerana abanglong berpendapat, segala kereta sekarang telah mempunyai spesifikasi dan tahap keselamata yang tinggi dan membolehkan ianya dipandu laju.dan keadaan jalan yang selesa membolehkan kenderaan dipandu laju. namun…sekiranya tuan puan ditangkap memandu melebihi had laju tersebut lesen tuan puan akan ditarik sertamerta..

abanglong juga akan mengarahkan pihak polis lebih mempertingkatkan kawalan. tapi tak perlulah sibuk untuk menangkap yang tidak memakai tali pinggang keledar, yang bercermin gelap dan kesalahan kesalahan kecil yang lain. tumpukan usaha kamu untuk menangkap pendatang2 tanpa izin, peragut dan juga para pemeras ugut.

adik kakak yang budiman

seandainya kita ke kedai serbanika 7-11 contohnya,supermaket dan mana2 pusat membeli belah… sering abanglong rasa sedih melihat cashier-cashier bangsa melayu yang kadang2 bertudung menjual, mengira minuman minuman keras.

jadi, seandainya tuan puan semua memberi peluang untuk abanglong memimpin, akan abanglong wartakan satu lagi undang2, yang mana akan menegah mana2 orang muslim dari terlibat dengan minuman keras ini.ada 7 golongan dan abanglong tidak mahu melihat anak2 muda terlibat dalam 7 golongan tersebut.sekiranya ada kedai2 yang ingin menjual, pastikan jurujual dan kakitangan yang menguruskan pasal minuman itu bukan beragama islam. dan sekiranya perlu penambahan kos, kita naikkan harga minuman tersebut.

abanglong tau, ada juga kalangan muslim yang minum. tapi itu urusan kamu dengan yang Esa.cuma abanglong tidak mahu disoal esok hari kenapa abanglong tidak menegah.

itu antara janji2 yang akan abanglong kotakan sekiranya abanglong diundi…. insyaallah.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

mimpi abanglong disiang hari……. 

20 Responses to “yang behormat abanglong”

  1. tepuk2 tepuk lagi…hehe
    saya sokong abanglong…..

    abanglong DUN ke Parlimen ni….hehe

  2. salam..
    hehe..sokong abang long!! pangkah jangan tak pangkah..=p

  3. hidup abglong!!!
    pangkah jgn tak pangkahhhh…
    saya sokong sangatttt menaikkan tahap hadlaju kepada 140km/j.

    ni calon parti mana?… lambang apa?… hehehe!
    jgn lupa ambil i jadi pengarah pilihanraya abglong or setpall ek…

  4. hehhe abg long dh pandai bermimpi disiang hari
    leh jadi geng nih..

  5. abanglong nak jadi YB? hehe.. bagus cita-cita tu… sila mulakan dengan memberanikan diri berjumpa dengan rakan-rakan bloggers… kamila pengundi yang perlu dipancing undinya… hehehehhe…

  6. abg long..!!
    sye undi anda….
    sgt stuju.
    tang hadlaju 2 mmg gler uh Kere*** neyh..
    dah manyak kali kne..
    tpi x byr2 ag..
    hukhuk…
    pemandu tegar…
    ;p

  7. abaglong…ko pun berahi tido cam pak lah ker…ngeh..ngeh..ngeh… 😛

  8. afundi abanglong!!!

    hehehehe..

    ni nak pangkah mcm dlm cite ali baba dan 40 penyamun tu ke? *wink2*

  9. yanglerni – bukan DUN bukan Parlimen.. hehehehe. At least itu impian lahh🙂

  10. Kamil – hehehe undi.. jangan tak undi

    Farzilah – parti mana? ermmm lambang singa heehe

    tun – syok aperrr mimpi2 siang hari nehhhh

  11. shai – abanglong pemalu ! miahahahahaha
    pinky – kena undi abglong lah hahahahaha
    darling – takpun undian SMS pun diterima🙂

  12. dbi – paklah? berahi ker dia??? wakakakakaka

  13. mimpi abanglong di siang hari ek.mimpi malam cam ne pulak?leh cite sikit.heeeee

  14. yeah i know… pemalu la sangat…. camana nak jadi YB??

  15. caya laaa…boleh sokong ni.. parti apa yek? haaa?? parti tupperware?? perrgghhhh!! heheeee

  16. riena – mimpi malam hari ? sering mengharapkan mimpi mimpi yang indah hehehe

    shai – kehkehkeh…thats y i said its mimpi disiang hari

  17. neeza – parti cap singa!

  18. hehehe!
    takut nak pangkah lah… singer tuuuu…

  19. cHiQuE CoMeL Says:

    AFUNDI ABANGLONG!!!

  20. abanglong Says:

    farzilah – ehhh singer… menawan keluarga bahgiaaaaaa….. ingat lagu neh masa kocik kocik dulu…sangatlah femes hehehe

    chique – yeaaaaahhhh heehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: