gila talak

kisah ni diceritakan oleh sorang kawan baik abanglong… kisah hidupnya. kita namakan dia siti.

siti ni bertugas disalah sebuah agensi kerajaan. seorang yang berdedikasi dan yang begitu komited pada tugasnya. periang, peramah dan kelakar. siti juga sweet and sederhana.a typical gadis melayu terakhir.. sekitar awal 2007, siti berkenalan dengan seorang jejaka dari selatan tanahair.encik kadir. well, cinta tidak mengenal rupa, i’ve seen his photo and honestly, mmg langsung tak padan lah kalau ikut rupa. mintak maap, tapi lelaki tu langsung tak encem..

si kadir ni, kerja dengan sebuah syarikat IT di Johor. mempunyai perwatakan yang agak alim dan berhemah tinggi. itu yang lebih membuatkan siti makin chenta pada kadir ni ( siti, kadir tu tak encem laaaaa!!!!!)

to cut short, mereka berdua engaged and dalam proses untuk mengatur hari bahagia bersama.

sebagai seorang kawan, abanglong cukup gembira dan sentiasa mendoakan moga mereka kekal bersama.

akan tetapi, Tuhan itu maha adil, satu hari siti menerima satu panggilan misteri dari seorang gadis nun dibawah bayu. apparently dalam diam kadir ni pasang dua! dia dah pernah pergi ke sabah untuk berjumpa gadis itu serta keluarganya.

gadis itu, berjawatan tinggi dalam bidang perundangan.i’ve also seen her photo. sihat walafiat orangnya! let call her cik DG (shortform for sejenis spesis ikan)

cik DG ni  tak tau keujudan siti. cuma dia dapat detect dari bil hp yg sampai kerumahnya. cik DG ni dengan baik hati mengregisterkan satu line HP untuk kadir. tapi si kadir ni plak, akalnya tidak panjang. guna the sme hp utk calling calling siti and sms sms siti everyday. yerlaa.. dah tunangkan.. satu hari tak sepuluh call and seratus sms tak sah.

so, bila bill sampai ke cik DG, she became suspicios tahap dugong dan menelepong lah akan nombor cik siti itu. maka pecahlah ceritaaaa yang sebenarnya. DG ni plak lurus bendul.. habis diceritakan kepada siti akan perihal hubungan dia dengan kadir neh. dah siap panggil papa mama gittuuuu.

citer2 yang lain, abanglong sensored

siti of course lah sedih rite. tapi mengenangkan yang si kadir ni dah cintan maut kat DG, maka dia relakan kadir utk terus bersama DG; dalam ertikata lain, putus tunang.

siti told me, she can handle it. even i know dia dalam lots of stress, namun dia tabahkan hati. ditambah plak dengan beban kerja yg menimbun dan menggunung, she brave herself to overcome everything.

end of story kan..

nope

si kadir ni tidak boleh menerima kenyataan yang siti ingin memutuskan pertunangan. dia menyalahkan siti dan katanya disebabkan tingah laku siti dan layanan siti membuatkan dia “TER”jatuh cinta dengan DG. so tu salah siti lah (chehhhh buat malu kaum jer la kau kadir!!)

he keeps calling siti until siti terpaksa tukar no HP

he keeps calling rumah sewa siti until she had to terminate her landline

he keeps coming to her house until siti terpaksa pindah rumah

and he keeps calling siti’s office….

even boss siti pun dia tipon

itu satu hal…..

satu lagi yang lebih dari cerita SEEKERS is that siti mula mengalami kejadian pelik dan misteri dalam kehidupan harian dia. itu yg tak menarik didengar tu.

so, seandainya anda adalah siti, apa yang anda akan lakukan… demi untuk menjauhkan si kadir dari mengganggu hidup dia. siti need to move on and she deserve a free and happy life. cuma si kadir ni dah sampai tahap ugut and so on…

can u help siti? give ideas plz…

thankssss

 

14 Responses to “gila talak”

  1. Salam…
    Ini kunjungan balas dari kami.

  2. bila dah masuk bab kes2 seekers ni, neeza hilang point. Ada a few yang neeza kenal kena cam ni jugak. Sampai sekarang tak baik-baik. Allah lebih berkuasa tapi jin dan syaitan pun makhluk ALlah jugak kan.. kena banyak buat solat hajat rasanya.. semoga hati kadir tu tertutup untuk ingat siti.. kesian siti.. mangsa keadaan.. silap2 hari bulan, nak cari pakwe pun susah siti tu…

  3. bengom lg tu!

    repot je polis!

    then soh si sitik tu pegi jumpe ostat2!

    bykkan ngaji gtuu~

  4. Farzilah Says:

    kecian siti… apa ler jantan tu, jahat sungguh! tp tak per, Allah itu maha kaya.

    emmm… wat jer police report utk takutkan si kadir tu. kadang tu bila kadir tu hilang pertimbangan dia wat ler benda2 bodoh tu, ingat dia jer kuat n teror! dia tak tau Tuhan tu maha kaya…

    kalau siti rasa pelik2 tu… gi ler berubat cara islam. i mean jumpa ustaz n so on… cara yang di benarkan dalam agama. tak boleh dinafikan benda2 halus ni wujud…

    kuatkan semangat n teruskan kehidupan… moga siti tabah hadapi dugaan Allah ini. Dia tahu siti boleh hadapi dugaan ini…

  5. typical malay culture…

  6. DG tu spesies ikan? Dugong? hehehe….
    ceritA SITI mcm cerita saya dulu tapi tak la sampai ke tahap seekers…the only thing i can think here is go find bomoh siam yg lagi terror…ok tak?

  7. hmm.. sangat jahat la lelaki itu. hina, kejik, busuk, buruk, hodoh, yuccksss! eeiii.. tak ske, tak ske!

    erni setuju ngan hummy. sebab, benda benda ni memang wujud. cara paling berkesan, cuba jumpa ustaz atau pakar pakar perubatan Islam. sebab, walau macamana besar pun seekers ke ape ke, kuasa Allah yang paling berkuasa.

    kesiannya siti. ada jugak lagi manusia macam kadir ni ek? perangai dah la buruk. muka dah la hodoh. nama pun tak sedap! kadir? yeekk! huhuhu..

  8. abanglong, ni sy ada sedikit panduan utk siti, sbb benda ni dah melibatkan alam mistik, mintak siti amalkan al fatihah setiap hari,kalau boleh selepas subuh baca 100x,kalau x pun time dia duduk saje xde buat pape leh la amalkan, insyaALLAH siti akan dilindungi, kalau sampai tahap nak kena berubat insyaALLAH sy ada org yg leh ubatkan, sembuh x sembuh sume tu keje ALLAH,kita cuma usaha je…harap x melarat la ye….

    • Dhyalove Says:

      amalkan alfatihah, alfalaq, annas, n al ikhlas…
      apa yg hadir… baik dari jin atau manusia… Hadir dengan izin Allah.. hanya Allah yg boleh menjauhkannya…

      kita as Hamba.. dekatkan diri Pada DIA… mohon pd DIA… insyaAllah.. dengan izin Allah juga Segalanya pulih seperti sediakala…

      ini dugaan utk Siti..
      kna redha…
      amalkan juga la ilaha illa anta subhanaka inni Kuntumminazzalimin… (doa nabi yunus dalam perut paus.. ) <– correct me if m wrong.. wokeh..

  9. abanglong Says:

    intan – welcome. nama anda mengingatkan lagu yg abglong suka waktu muda2 dulu🙂 wings; intanku kesepian.

  10. abanglong Says:

    neeza – manusia bila dah terlampau dikuasai nafsu akan hilang arah dan pedoman. akan hilang panduan dan akan musnah segala keyakinan.. abanglong sendiripun banyak mempunyai pengalaman mengenai seekers ni…. hanya pada Allah kita berserah, namun kadang terasa seperti alpa akan hakikat kehidupan!

  11. abanglong Says:

    hummy – tu sebabnya; gila talak!

  12. ya allah ada gak cita sama cam sain hamba sbar banyak ngaji banyak ingat allah tu satu dunia ni bulat satu ari mu di bwah dan satu ari mu pasti diatas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: