cincin hikmat; gerenti hebat ?

an article from harian metro

Bomba bedah cincin
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Anggota bomba yang sinonim dengan memadamkan kebakaran atau mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan terpaksa melakukan tugas menyelamat paling pelik, semalam.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai di sini dipanggil bagi membantu doktor memotong cincin besi keluli yang tersekat pada pangkal kemaluan seorang pesakit lelaki di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Doktor terpaksa menggunakan kemahiran anggota bomba bagi memotong cincin yang sukar dicabut itu selepas pelbagai usaha dilakukan tidak berjaya.
Difahamkan, mangsa yang berusia awal 20-an sengaja menyarungkan cincin pada kemaluannya dipercayai bagi meningkatkan kekuatan seksual selain memberi kepuasan luar biasa kepada pasangannya.
Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Sarjan Malek Neik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan PPUM berhubung insiden pelik terbabit pada jam 12.43 tengah hari semalam.
Menurutnya, sebuah jentera dan enam anggota kemudian dikerah ke PPUM untuk misi membantu masalah terbabit yang disifatkan sukar dipercayai.
“Sebaik tiba, mereka dibawa ke bilik kecemasan sebelum dimaklumkan keadaan dihadapi ketika itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, dia melihat beberapa doktor berusaha mengeluarkan cincin itu yang terlekat pada pangkal kemaluan pesakit berkenaan.
Doktor terbabit cuba memotong cincin berkenaan menggunakan peralatan pembedahan, termasuk pemotong besi tetapi gagal kerana ia terlalu keras.
Malek dan pasukannya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit sementara doktor bertungkus-lumus menanggalkan cincin berkenaan.
“Cincin besi keluli itu terlalu keras dan semua alat pemotong yang dimiliki hospital tidak berkesan memotongnya.
“Pesakit itu pula dilihat mengerang kesakitan setiap kali kemaluannya disentuh dalam usaha menanggalkan cincin itu,” katanya.
Selepas segala usaha menemui jalan buntu, doktor meminta bantuan kepakaran bomba bagi memotong cincin terbabit menggunakan pemotong besi yang sering dibawa dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan atau kebakaran.
“Keadaan kemaluan mangsa yang membengkak merumitkan usaha menanggalkan cincin itu. Malah, kedudukannya pada pangkal kemaluan menyukarkan untuk memotong,” katanya.
Sebagai langkah keselamatan, doktor meletakkan sebilah kayu sebagai pelapik untuk mengelakkan kecederaan serius kepada kemaluan mangsa ketika pemotongan dilakukan.

“Kami terpaksa menggunakan pemotong besi bagi memutuskan cincin berkenaan. Tugas berkenaan dilakukan dengan penuh berhati-hati sebelum cincin terbabit dapat dipotong dalam tempoh tak sampai seminit.

“Anggota bomba yang terlatih dan cermat berjaya memotong cincin itu dengan hanya sekali percubaan,” katanya.

Menurutnya, kemaluan mangsa terlebih dulu dibius petugas PPUM bagi membolehkan tugas itu dilakukan dengan lancar.

“Tugas itu amat mencabar, namun saya berpuas hati kerana khidmat anggota bomba berjaya menyelamatkan nyawa lelaki berkenaan,” kata Malek yang menganggap kejadian seumpama itu amat jarang berlaku.

Mengikut kepercayaan golongan tertentu, tindakan menyarung cincin besi dalam kemaluan dikatakan mampu menambah kekuatan seksual si pemakai walaupun mereka sanggup menanggung azab sengsara akibat kesan sampingannya

Miahahahaha… tak tau nak cakap apa. kreativiti.bodohviti.mangkukayunviti.sebab nak kemaluan power maka bertambah kemaluan….

23 Responses to “cincin hikmat; gerenti hebat ?”

  1. siap pakai helmet tu….

  2. muahahaha…mcm2 dunia zaman skrg…

  3. hahahahahha…. MALAYSIA BOLEH!!

    maka amat besarlah kemaluannya disebabkan kejadian itu…

  4. Adusshh… kahkahkah… adoiii tk boleh tahan nk ketawa spi nangis… kesian la kat mamat tuh. skang satu mesia dh tau betapa ‘powernya’ kemaluan dia!!

  5. kahkahkahhhh!!! memang besar kemaluan dia.. 1 malaysia tahuuuu…
    ambik engkau, nak power konon.. takde benda lain ke nak buat.. minum la tongkat sape tu.. tongkat abu ke, tongkat ali ke, ke tongkat awak??

  6. errkkk..memang tugas yg amattt mencabar!

  7. i can’t imagine –

    mana yg lebiih besar –
    the pain,
    or the kemaluan.

  8. abanglong Says:

    nash – PPE mesti complete maaah. audit ISO tu hehehe

  9. abanglong Says:

    maria – itu yang menjadikan cerita ini satu berita !

  10. abanglong Says:

    osh – hang jangan ikuttt noooo ! hehehehehe

  11. abanglong Says:

    julia – hehehe.. tak tau lah. musti phobia seumur hidup bila tengok cincin wakakakakaka. a major turn off for him tu.

  12. abanglong Says:

    neeza – biasalah, orang mesia kan kreatif huhuhuhu. lebih2 lagi kalau pasal seks. cakap jer ubat ni leh kasi tahan lapan jam… musti laku !

  13. abanglong Says:

    rin – salah potong… naya ooooo hahaha.

  14. abanglong Says:

    akakPP – beringat ler hahaha. kreatif sangat ler tu.

  15. huwahahaha…
    ilang akal apa….

  16. tanak try ke banglong?

    :))

  17. abanglong Says:

    farzilah – kreatif… sib baik tak gantung sport rim hahahahahaha

  18. abanglong Says:

    hummy – tak perlu tu sumer… hehehehe

  19. Sick!

    I wonder if he’d be cacat seumur hidup. Padan muka. So the very the pathetic. Umur baru setahun jagung dah lembik ke bang?

    Kalau I lah… sure dah pensan. Tengok ada abang bomba pakai helmet nak godek tang situ, the whole theater’s focusing on you and now the whole of Malaysia… and Malaysians around the world and those can read Malays know you. Dang!!

  20. MemAluya – hehehe. thats what makes the headline though. but i do wonder la… camana that thing boleh masuk dalam cincin in the first place… cincin tu kan kocik jer….
    unless……

    MIAHAHAHAHAHAHA

    kurus poser aku dok kutuk orang ari ni hahahahaha

  21. ahahaha… kalu sportrim mana ckup player bomba tu nak kerjakan…

  22. Har har har… LMAO.
    Ada kemunkinan jugak tu Bang. Har har har…

    Ni nak story kat Bang Long, hari tu ada makhluk masuk rumah. KTK! Yang lompat-lompat tu. Ada la besar limau kasturi camtu, tapi I memang phobia giler barbie. Masa tu sorang. Dah nangis dah tak de orang nak minta tolong, sebab it was after midnite. I was actually thinking of calling the Fire Dept. Tapi tak jadi sebab takut keluar Kosmo front page on the next day.

  23. farzilah – hehehehehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: