mailbox ku -sumber lawak ku

today mood malas gi office melanda. dok umah and layan design and workloads dari atas katil. bila check mailbox; tak bleh tahan gelak….

an email frm fren🙂

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku.
Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu.
Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.
Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih….. maklum leh aku belum kawin.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya.
Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..
Dengan pakai pembesar suara dan Tok kadi pakai mike tanya kat bakal pengantin, ditanya satu hari berapa kali wajib kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab “lima kali”.
Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing bayi yang kecik2 lagi.
Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.
Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu? bukannye susah, jawapannya anjing ngan b@b! je,..tapi mamat tu dah mula berpeluh jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum?
Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar ‘anjing ngan b@b! la hoi’, tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.
Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik,
dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.

Tapi bila pengantin tu jawab “Taik Gajah” ……………….
Suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ?
Taik gajah? Besar betul ker najis besar……… agak2 gajah makan buah durian leh kut….
.

.

.

.

.miahahahahahaha

.adehhhhh kalau taik kuman apa plak ekkk ??

13 Responses to “mailbox ku -sumber lawak ku”

  1. hhahahaahha!

    kelakarnya!
    buat saya hilang rasa benci dan marah di pagi2 ini!
    thanks abglong…

    :p

  2. hehehehehehe..suko ko-o baco entry nih.
    aduh laaaa.. agaknya hok pengantin tu gubra do-oh..
    heheheheeh..

  3. Golddiamond Says:

    Salam abanglong. Hari raya mood ekkk? Tahun ni baju raya famili warna apa? Kengkawan kat sini 4/5 orang dok sibuk setiap tahun satu famili mesti nak sama color. Selagi tak jumpa warna sama atau seangkatan dgnnya utk sefamili, selagi tu le dok tawaf kedai2 kain kat Melaka ni. Janji mesti ala-ala cam boria….Hehehehehe

  4. adehhhhh… sakit perut gelak ni… pndainya pengantin tu! mana blaja bro?

    habis org keliling i ckp i giler gelak depan notebook sorang2… depa ckp i tak makan ubat lagi. orang puasa ler weiiii… hehehe…

  5. muahahaha…lawak lawak… nasib baik dinosour dah pupus, kalau tak mmm…

  6. hahaha

    panic sgt ke pengantin lelaki???

    Selamat Hari Raya, Abanglong & family :o) Drive home safely.

  7. hi abanglong. sibuk wat persiapan raya ke? selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin. berhati2 di jalan raya!

  8. salam abglong…

    lame giler tak jenguk sini

    btw… nak mengwish..

    Salam aidilfitri.. Maaf segala salah silap..

    enjoy raye!!!

  9. hahahhaha, alahai .. pengantin .. pengantin .. kesiannya laa dgr jawapan tersebut, malu membawak ke anak cucu tuh .. hehhhe..

    apa2 pun nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri utk Abglong & family.. maaf ye kalau ada salah & silap .. selamat bercuti raya sakan:)

  10. nurul – hehehe. apsal lak pagi2 dah hot🙂

  11. fizzy – huhuhu..panik woooo. berbagai perasaan timbul !!!

  12. gold – entahlah.. perpel kot. last year warna warna malaysia.🙂 salam raya noo

  13. hehehhee…kelakor..!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: