ayah dan ibu

a confession – from a 38 yo son to his beloved mother and father.

  • ibu dan ayah – along nak ucap banyak banyak tima kasih sebab jaga along dari dulu. lambang cinta ibu dan ayah kan..
  • utk ibu – along nak cakap terima kasih sebab lahirkan along.ikut cerita ibu, masa tu bidan kampung jer. berbelas jam ibu sakit. along anak sulong and kebetulan badan along semangat masa lahir katanya.ibu cakap, segala sakit hilang bila dia tengok wajah along…. along hensem ke bu ???
  • along masa kecik suka nangis kata ayah.dan ayah cakap; nasib baik ayah tak humban along dalam pokok pisang sebab along melalak malam malam..jangan yah.. tu buang bayi namanya, kena tangkap tau.
  • ibu – along nak cakap along sangat sayang kat ibu tau. memang along jarang cakap dan jarang tunjuk…
  • ayah – along nak ayah tau; along sangat sayang kat ayah. pun sama, along sangat jarang cakap dan jarang tunjuk…
  • ibu dan ayah berikan semua yang terbaik pada along; dari kecik hinggalah sekarang. walaupun along tau;ibu dan ayah dulu bukannya senang sangat pun. tapi jarang sekali permintaan along ayah dan ibu abaikan. along tau along akan melalak dan siap guling guling kalau tak dapat mainan keta besi yang ada api api tu. bila tolak dia ada bunyi bunyi hehehe.
  • ibu dengan ayah berdua bekorban apa saja untuk along dari dulu kini dan selamanya.  ibu dengan cara ibu dan ayah dengan cara ayah. along mintak maap kat ibu..sebab dulu kalau along nak beli eskrim; ibu tak kasi..along mesti gi tanya ayah..dan ayah gerenti beli ! ala..eskrim plastik panjang panjang tuu. yang dalam tu ada asam boi,kadang asam kelubi… sedap tau bu! ayah mmg best! dan kalau along tak dapat no 1, along musti jumpa ibu dulu tunjuk report card… hehehehehe
  • ayah dan ibu dan bekalkan ilmu agama dan dunia secukupnya utk along berkhalifah didunia ini.
  • disamping itu, along tau; ayah dan ibu tak putus putus berdoa dan memohon agar along diberkati,dirahmati serta dimurahkan rezeki
  • dan sehingga kini; ibu dan ayah masih lagi tidak lokek memberi nasihat tatkala kekeliruan
  • walaupun kadang kadang along perlukan panduan bukannya arahahan
  • along ada masalah apa pun; ibu dan ayah akan dengar. mungkin kalau along cerita masalah along nak convert digital signal dari PLC supaya inverter boleh terima data dan inverter mesti terima signal dari sensor dulu baru boleh function; laser sensor kena betul betul tepat pada reciever supaya reflector boleh accept signal and colour sensor kena betul betul calibrate supaya dia tau kaler biru tua tak sama ngan hitam.. ayah akan angguk angguk kan! hehehe
  • ibu; tak pernah lupa masak lauk kegemaran along tiapkali along balik…dari masa along sekolah asrama hingga ke hari ini. padahal, kalau ibu dan ayah datang sini; tak pernah pulak along nak bawak ibu dan ayah ke hotel hotel tempat along sering makan. bukannya mahal sangat pun… kedekutnya along kan bu
  • along sukar sekali nak telefon ibu dan ayah.walaupun untuk tanya khabar dah makan ke belum.. tak sampai pun seminit kan.. bukannya mahal pun. malah, phone bill along, office yang bayar…puuun along payah nak call. padahal, tentu ibu dan ayah rindukan suara along kan…teruknyaaa along ni
  • along jarang balik.. kononnya, sibuk.  ntah apa yang along sibuk tu,kadang 2 along sendiri pun tak tau. along yakin, ibu dan ayah memang nak along balik weekends ke walaupun sekejap. ayah pernah cakap; takpa.. nanti ayah bagi tiket flight pegi balik..kalau along nak first class pun ayah nak bagi…pun along tak balik.. adehhh taktau la along ni manusia jenis apa.
  • kalau along balik naik keta; ayah tak pernah lupa. nah long..isi minyak. along takmo amek tapi takut ayah kecik ati, along amek. tapi sampai 4 digit ayah kasi untuk isi minyak… along bukan bawak keta kebal ayah! pun along jarang balik gak… mungkin along nak tunggu bullet train KL sampai depan rumah kot!!
  • kalaau along balik pun, sekejap saja dok rumah. along sibuk nak gi sana sini… walhal; kat KL ni bersepah sepah shopping complex. lagi besar dan laaaagi canggih.along tak pegi pun; aleh aleh balik kampung, along lepak complexs pulak!
  • ikut kata adat – usia ibu dan ayah mungkin tak panjang lagi..tapi along masih lagi enggan menggunakan baki masa ni untuk membahagia dan menggembirakan ibu dan ayah. tolol kan along. along tak terfikir nak spent sebanyak masa bersama ibu dan ayah.cerita cerita, borak borak,makan makan dll. padahal, along cukup tau..besok besok, kalau ibu dan ayah dah takder, along bukannya boleh beli ibu dan ayah yang lain.
  • jarang sekali along bertanya pada ibu atau pada ayah…ada apa2 yang boleh along bantu? along jarang dan seakan along kedekut kudrat dan tenaga utk membantu ibu dan ayah. padahal, takdenya ayah nak suruh along panjat pokok kelapa atau ibu nak suruh along kukur 80 biji kelapa pun…sombong along ni kan
  • jarang along tanya ayah; ayah dan ibu nak gi mana mana tak? nanti along hantar. yerlah..walaupun along tak pandu keta macam ayah; tentu ayah teringin nak dengar along tanya ayah nak gi mana..along hantar kan..tentu ayah nak dok sebelah along dah tunjuk along arah. menggigil bila along bawak laju.. tepuk along bila along terlepas junction.. macam dulu dulu masa ayah ajar along bawak keta kan!
  • ibu tentu seronok kalau along ikut ibu pegi pasar. tolong bawa bakul macam masa along kecik kecik dulu kan.padahal, sekarang ni along makin besar dan makin kuat… tak de masalah kalau nak bawakkan bakul ibu walaupun ibu beli 10 ekor ayam pun. tapi along tak pernah offer kan… lembik nya along.
  • ibu menangis bila along kawin dulu. ibu bimbang, isteri along tak mampu jaga along dan kasihkan along macamana ibu kasih dan jaga along. memang ibu..masakan dia tak sesedap dan takkan sama dengan masakan ibu. along demam; ubat yang along makan tak sama rasanya dengan ubat yang ibu suap. tapi along tak pernah cakap terima kasih kat ibu kan!
  • tentu ibu seronok masa along kecik dulu.. balik jer sekolah tak sempat bukak kasut terus bercerita cikgu tu camni cikgu ni camtu..yer lah.dunia along masa tu is rumah and sekolah. tu pun macam macam cerita yang along nak share. sekarang ni..walaupun along dan mengembara ke segenap ceruk, along reka macam macam benda, along design macam macam mesin,along jumpa macam macam orang, along makan macam macam benda…. jarang along nak share cerita tu ngan ibu lagi.. ibu..bisu ker along sekarang ni ??
  • ayah suka tengok berita rtm..sampai la sekarang. tentu ayah rindu along dok sebelah. tanya ayah kenapa tu kenapa ni.. along habiskan kopi ayah bila ayah gi toilet..kan! ayah langgan semua channel astro.. tapi along tak pernah temankan ayah tengok tv bila along ada rumah. ayah..along dah buta ker sekarang ??
  • seekor nyamuk..akan diburu dan dipenyek hingga lumat kalau gigit along masa kecil dulu. tu semua kerja ibu la tu. sekarang ni, along dengar ibu batuk tapi along tak pernah berkeras ngan ibu untuk bawa ibu ke klinik pakar. tiap kali along tanya ibu pasti jawab, ala sejuk jerr. letak minyak kapak ni okeh la. dan along terima alasan ibu. walhal, full medical checkup, baru berapa jer.along bukan doktor; tapi along tak bawak ibu jumpa pakar. kadang, ibu pegi sendiri dengan ayah. ibu tentu nak along suapkan ubat kat ibu kan. gosok vicks kat belakang ibu…
  • ayah memang sering keluar daerah kerana kerja. tak pernah dia balik dengan tangan kosong. adaaaa jer dia bawak untuk along. mainan la. makanan la.baju la. macam macam. tapi along, kalau balik kampung jumpa ayah.. memang la along bawak something.. tapi kadang kadang benda tu along beli dah dekat nak sampai rumah ayah… jarang sangat along beli siap dari kl utk buah tangan ayah.. tak perihatin sungguh along kan ayah
  • ibu dan ayah sanggup datang KL. datang rumah along. nak jumpa along. ayah bawak banyak kotak. penuh dengan makanan kegemaran along. kadang kadang, cili dan petai pun naik flight kerana ayah. tapi along tak pernah amik cuti kalau ayah dan ibu datang. dok la ayah dan ibu mengadap tv seharian sampai along balik. along teruk sungguh… padahal kat office, along bukannya ada boss pun! selfish nyerr along
  • ibu… ampun kan segala salah silap along. along nak baiki salah silap along tau…
  • ayah.. ampun kan segala salah silap along.. along pun nak baiki salah silap along tau!
  • Ya Allah… lanjutkanlah usia ibu dan ayah. aku masih terlalu jauh dari mereka. aku masih gagal menjadi anak impian mereka. aku masih belum mampu membahagiakan mereka dan aku masih belum sempat menjadi kebanggaan mereka. Ya Allah… berikan peluang untuk aku bersama mereka. berikan peluang untuk aku mengucapkan, i love you pada mereka dengan ucapan yang tulus dan penuh keinsafan. berikan peluang kepada aku untuk membalas segala jasa dan pahit jenuh mereka dulu…
  • Ya Allah… murahkanlah rezeki aku untuk aku menyediakan segala kesenangan dan kemewahan kepada mereka.
  • Ya Allah… murahkan lah rezeki aku; agar aku sentiasa ada lebih masa untuk bersama mereka…

.

.

.

..

…amin.

    28 Responses to “ayah dan ibu”

    1. berapa lama karang n3 nie?

      • abanglong,kite ade masalah dgn anak kitelah…..masalah dari segi kesabaranlah…..ade cara x?

        • abanglong Says:

          madam – insyaAllah ada. i’ll let u know soon🙂

        • abglong…cepatlah bagi tips menangani masalah tu…utk kegunaan dirumah dan di sekolah…hari nie budak darjah 2 melakonkan adegan panas dalam library…kebetulan kite ader disitu, not my period with them, but it’s my class…pls…tell me how to settle this thing.thanx

    2. naseb baik kat opis,kalau kat umah sure banjir air mata meleleh2,huhuhuhu…abg long beruntung sbb masih punya ibu dan ayah….sy cuma ada mak, tp tu pun x mampukan nak gembirakan dia,

      • epop – itu lah kita kan. kita sering mengejar sesuatu yang belum pasti; walhal ada seseorang dibelakang kita yang pastinya satu hari akan pergi!

    3. gud boy…
      hehehe

    4. tq….ni yg buat nak balik msia cepat2…i really miss them…

    5. abanglong Says:

      pb – hehehehe

    6. abglong..
      sedey oh entry ne time tengah-tengah sampai abes..
      the same things go to me, well some of them..
      but i only have mom now..
      i will appreciate her more..
      thanks to abglong for posting this entry🙂

    7. abglong…
      sob, sob, sob….
      cedihnya… teringat mama n ayah kat kampung…
      uwaaaaa…

    8. minimoys aka tiena79 Says:

      alhamdulillah…sedar sblm t’lmbt. bukan duit sebenarnya yg diperlukan bg mak dan ayah…tp prihatin nyer anak, kasih sayang ank…amik berat nyer ank terhadap mak ayh…itu yg amt diperlukan…walaupun telefon hanya seminit bertanya kabar, ucapkan kasi syg kiter…itu sajew kadang2 m’jadi ubat bg segala kesakitan yg tgh dialami mak ayh kiter…b’baktilah pd mak ayah sblm mereka tutup mate..dihati mereka…hanya allah yg tahu…betapa kecil hatinya mereka dgn sesetengah sikap ank sndr walaupun dimulut menafikan…aminn

    9. nangiiisss….. baru baca ni…. huwaaaaa… nak ibu…

    10. salam..

      tau xpe..aduh2..nasib kat opis..kalo kt umah meleleh gak..
      emm mmg sensitif la ckp psl ibu n ayah ni..mmg xmampu nk di bayar ngn wang..bersyukur betol dpt ibu ngn ayh..
      mereka sggup wat ape saja..jd hargailah mereka di masa yg ade ni..balas la jasa mereka hingga akhir hayat..

      *for me especially..;p

    11. I LOVE MY PARENTS!!❤

    12. Assalamualaikum..
      abangl0ng! urm rase cam kelu jew lidah nie nk pgil “abanglong” put3 just adew kakl0ng..:-)
      alhamdulillah.. abangl0ng masih diberi kesedaran untuk sedar segala perkara yang x pat0t abangl0ng lakukan pada kedua-dua ibu dan ayah abangl0ng.. hargailah setiap saat, minit, jam, hari dan setiap waktu dengan mereka..

    13. marley Says:

      terbaek., luahan hati, flashback… sementeara ada ibu n ayah nie along, jaga la dorg elok2, itu la sebaik2 harta yang kita ada n boleh bwk sampai akhirat dgn pahala yg kte berbakti pada dorg.. menginsafkan kita tntang cte nie…

    14. terbaik wok superb la!!

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: