fathers day – harapan seorang papa

this entry is dedicated to my kids – if you happen to read this one day.

terima kasih to all the cards n gifts that you all prepare to me. those small little things makes me smile and really makes my day.

dearest kids

papa amat bersyukur kerana dikurniakan you all.hidup papa n mama bertambah ceria dan bertambah havoc dengan karenah karenah anak2.you all and mama adalah sumber inspirasi papa setiap hari.i know i had to be the best to be the best for you all. masing masing dengan karenah masing masing.. masa kecik, ada yang kuat menangis, ada yang minum susu sampai 8 botol satu malam, ada yang terlalu lasak tidur sampai hilang bawah katil dan ada juga yang tak tahu tengok jam.. siang jadi malam dan malam jadi siang – bikin papa dan mama jadi zombie di pejabat.

papa sering doakan moga you all semua menjadi anak anak yang soleh, yang taat pada perintah Allah dan juga mengikut lunas lunas yang telah ditetapkan.Papa n mama sedaya upaya cuba melengkapkan segala kehendak dan kemahuan you all walau kadang kadang permintaan tu agak luar biasa… memamng papa tidak mampu untuk memberi segala kemewahan.. tapi bersyukurlah atas apa yang ada. kita hidup secara sederhana tapi bahagia. kita kurang dari segi wang namun kita semua mewah dengan kasih sayang kan!

papa sering minta agar anak anak berjaya dalam hidup.pelajaran dan pendidikan memang diutamakan. dan papa sering marah bila you all lalai atau terlupa.ingat, dunia sekarang terlalu mementingkan sekeping kertas. dan untuk mendapatkan sekeping kertas itu, tak dapat tidak – kena berusaha semaksima mungkin.

kita tak tahu nasib di masa hadapan. namun kita boleh merancang dan berusaha kearah itu. selebihnya, kita berdoa dan bertawakal..

kalau you all tengok adik beradik papa, semuanya diberikan kasih sayang yang sama oleh atuk dan nenek. semuanya diberi peluang untuk belajar yang sama. namun mereka hanya mampu memberi setakat itu, selebihnya, kami sendiri yang berusaha. kalau tengok papa, papa masih lagi strugle untuk membina perniagaan papa. tengok acik – dia punyai business bernilai jutaan ringgit. tengok angah dia cikgu walaupun cikji seorang doktor pakar. dan asu memilih untuk menjadi pendidik walau dia berijazah kejuruteraan. masing masing memilih laluan hidup sendiri walau menerima ilmu dan kasih sayang yang sama dahulu.

itu sebab, mama n papa selalu bising dan selalu marah… demi untuk kejayaan u all di masa hadapan.

kalau dengan mama, dia lebih suka cara psikologi untuk mendidik. papa pun guna psikologi walau kadang kadang papa akan guna cara marahlogi dan rotanlogi. mungkin satu hari kalau you all nakal, papa akan guna pelempanglogi pulak !! but do know that, papa marah sebab papa sayang. papa bising sebab papa nak anak anak papa jadi orang dan jadi manusia.

ilmu agama, papa cuba terapkan sebaik mungkin. papa akui, papa tak mampu untuk mengajar sepenuhnya,maka papa sediakan kelas kelas agama dan al quran. ikutlah kelas kelas itu dan jangan ponteng.ilmu agama, walau sering diperlekehkan sekarang namun ianya amat berguna di masa hadapan dan akan membantu kita untuk hidup dengan sejahtera.

papa dan mama tiada harta untuk diwariskan sekiranya kami mati. hanya ilmu dan didikan saja akan menjadi bekalan. pergunakanlah peluang semasa kami ada ini untuk menerima segalanya. apa yang baik, jadi kan teladan dan sebaliknya.

my kids..

perjalanan hidup ini masih terlalu panjang untuk kalian. kita tak tahu bagaimana rintangan dan dugaan hari depan.bersedialah. lengkapkan lah ilmu agama dan juga ilmu dunia dalam dada. cuba jadi anak anak yang terbaik untuk papa dan mama.

hormati orang orang sekeling. tak kira tua atau muda. respect them and they will respect you.jangan lokek dengan senyum dan jangan berkira dengan tenaga. ingat, dari mana asal kita dan kemana akhirnya kita nanti.

kalau tak tahu, sila bertanya. kalau dah tahu – tolong ajar rakan rakan dan adik beradik yang lain. jangan lokek dan jangan jadi kedekut; ilmu atau wang ringgit. ingatlah… the more you give, the more you get!

papa doakan semoga semua anak anak papa berjaya dunia dan akhirat. doakan untuk papa dan mama juga tau.

akhirnya… you were the greatest gifts to papa. papa bangga punyai anak anak macam you all. papa mohon agar papa dilanjutkan usia untuk bersama anak anak papa hingga ke akhir hayat papa. dan papa sentiasa akan cuba untuk jadi yang terbaik..

honestly, papa juga seorang anak bagi atuk di kampung.

i love you all.

i mean it.

26 Responses to “fathers day – harapan seorang papa”

  1. wah..syahdu syahdan entry nihs..sob sob sob

  2. Happy father’s day to you…very nice entry

  3. Desert Rose Says:

    Happy father’s day abg long. One day ur kids will read this and they’ll just love u more…

  4. Huhu..syahdu bace…

  5. happy father’s day ye abg long…!

  6. happy father’s day abg long…i’m sure u’re a good father..keep it up!

  7. rozbud27 Says:

    happy fathers day / papas day / abahs day / and son day ..🙂 .. we all wish we have a son like you and a father like .. heheheh .. tolak rotanlogi, marahlogi and pelempanglogi .. unless derserving .. but i cant imagine your dotters that see the kambings as doggie .. could ever get any of the logis .. insyaALLAAH kami doakan juga untuk abg long ye rakan2 bloggers .. hehehe

  8. abang longgg.. hepi belated fathers day.. touching ah … isk isk isk

  9. wah! very well written..
    nasihat abanglong kepada anak-anaknya..
    *clap* *clap*
    .
    p/s: semoga abanglong success! amin🙂

  10. ni lah entry paling jujur dari seorang bapa… sgt sweet!

  11. terharunya. best kalau dapat papa macam ni. byt the way, selamat hari bapa🙂

  12. missjat Says:

    selamat hari bapa.abelong
    may all your dream come true
    and may Allah grant all ur doa and wishes
    may they be soleh and solehah. Amin

  13. Nice… Made me a bit teary…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: