kisah seorang lelaki

kisah ini bertujuan untuk iktibar. dan sesungguhnya, apa yang baik jadikan teladan….

seorang lelaki, termenung di depan mesin ATM di KLIA. Baki akaun peribadi yang tercatat di skrin adalah RM1003.75. satu jumlah yang bukan banyak tapi bukannya sedikit.

keluarga terdekat lelaki itu akan berangkat mengerjakan umrah bersama beberapa orang saudara jauh dan juga rakan rakan.

satu perjalanan suci yang memerlukan pengorbanan yang tinggi; masa, tenaga dan wang ringgit.

lelaki itu ingin menyumbangkan sedikit duit saku untuk mereka. tapi jumlah yang terpapar di skrin menyebabkan beliau termangu. banyak lintasan pro dan kontra bermain di fikiran.

lelaki itu akhirnya mengeluarkan rm1000.00

dan kemudian lelaki itu duduk di satu bangku. masih lagi berkecamuk fikiran. baki itu sepatutnya digunakan untuk kecemasan. tapi pada masa yang sama lelaki itu ingin menyumbang sesuatu kepada satu perjalanan yang tentunya memang dirahmati.

syaitan mula bersuara – ahh.. tak payah lah. kau bukannya ada duit.

tetapi hati membantah – aku ingin berbakti….

syaitan berbisik – kau bagi separuh jer… lebih kau simpan

hati tetap membantah – tidak. ini sedekah dijalan Allah. Mereka bakal tetamu Allah….

dan syaitan tetap berbisik dan bersuara di fikiran lelaki itu.

namun; akhirnya lelaki itu nekad.

Ya Allah. Sesungguhnya aku ikhlas dengan sedekah ini. Mungkin tertulis ini memang rezeki mereka. dan aku yakin ya Allah..sesungguhnya kau maha pengasih dan maha adil….

maka lelaki itu bangun dan menuju ke arah kumpulan saudaranya.dengan niat.. ingin menyedekahkan ‘duit kecemasan’ itu kepada kedua orangtuanya dan beberapa saudaranya.

ikhlas.

tetiba –

trj

lelaki itu menerima sms dari seseorang berjawatan di KLIA. satu projek yang telah di bida selama lebih 2 bulan. menyelenggara kelengkapan…diluluskan.

bernilai sama dengan sebuah accord  2.4 baru.

dan lelaki itu hampir terduduk.

terpaku dengan kebesaran Ilahi….

tanpa disedari.. air mata mengalir.

insaf dengan balasan tunai yang diterima.

akur dengan kuasa Tuhan.

dari jauh lelaki itu memerhatikan wajah tua ibu dan ayahnya…

dan sesungguhnya, benarlah apa yang dikata mereka – bersedekahlah.. nescaya Allah akan menggantikannya dengan berlipat kali ganda, dari sumber yang tidak kamu duga….

.

.

.

kisah seorang lelaki, untuk dijadikan panduan.

selamat menyambut ramadhan.

22 Responses to “kisah seorang lelaki”

  1. Alhamdulillah…leh laa banjer side mirror sebijik..ahaks!!sebab tu laa kita dituntut untuk selalu bersedekah..bila dah bersedekah ia tidak mengurangkan malah memberkatkan ape yg kita ada..thanks 4 sharing bang long..sesaper nak sedekah, leh sedekah kat shay..nnt tgl no tpn..ahaks

  2. selamat menyambut ramadhan…semoga segala nya dipermudahkan dan diberkati olehNya…insyaallah..amin…

  3. abg long saya terharu menitis airmata saya membaca sebab saya pun pernah melalui saat2 itu dan mungkin masa itu syaitan menang walau separuh dihadiahi…. huhuhuh…

    apa2 pun kemaafan di minta sempena bulan ramadhan yg mulia ini

  4. yeah..
    for the 1st time ever, I did cry when I read the whole story of this noble guy..
    thanks alot abglong for sharing it with us..
    it was so meaningful!!

  5. abanglong, selamat berpuasa🙂

  6. Alhamdulilah.
    mmg betul, kalau kita bersedekah, Allah akan beri lagi berlipat ganda.
    Hidup ni mmg tak boleh kedekut, kdg ada sebahgian dr rezeki kita adalah rezeki org lain yg Allah beri melalui kita.🙂
    salah ramadhan. moga dipenuhi dgn ibadat.
    selamat berpuasa.

  7. abang long..

    rezaki itu hal mutlak Allah..kita hnya perantara…

  8. cam kisah penulis jek!!

    Alhamdulillah.. kena sujud syukur tuh abg long..

    Selamat beposa.. maaf salah silap bahasa..:)

  9. betul, saya percaya kisah macam ni SELALU berlaku sbnrnya…🙂

  10. alhamdulillah… 🙂
    selamat berpuasa abang long!

  11. i hope is not too late to wish you selamat berpuasa…

    nice story… mcm pernah dengar plak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: