nostalgia ramadan

sedar tak sedar, ini ramadhan yang kedua selepas abanglong berpindah ke premis ini. dalam blog ini, ada banyak cerita tentang kisah suka duka ramadhan. search – unta. akan adalah cerita cerita tentang mereka mereka itu.

dua tahun abanglong mengorak langkah. perlahan mengatur strategi dan penuh jerih bertatih mengharung segala cabaran dan dugaan. dua tahun abanglong bersabar dengan segala macam dugaan dan juga cercaan.

dua tahun yang perit. dua tahun yang sungguh banyak menguji kesetiaan dan juga semangat setiakawan. dan dua tahun itu penuh dengan kisah duka dan sengsara. namun, tak ramai yang tahu. blog ini menjadi tempat abanglong mencurah perasaan dan menulis kisah kisah untuk teladan abanglong masa hadapan. sebagai satu kenangan dan sebagai satu  pesanan kepada diri ini; dari mana bermulanya langkah ini.

berbagai sifat dan bermacam karenah terpaksa kami hadapi. dugaan dan cabaran silih berganti. sebuah syarikat kecil yang bersaing dengan gergasi gergasi. namun, alhamdulillah; berkat kesabaran dan juga berkat doa kalian semua, kami bertatih, merangkak dan kini mula mengatur langkah untuk berlari. alhamdulillah dan jutaan terima kasih abanglong ucapkan kepada semua.

dengki khianat, haloba, cercaan, hinaan dan juga cacian menjadi asam garam kami selama dua tahun lalu.

cabaran kekangan keewangan yang sangat perit pernah abanglong lalui. modal yang besar terpaksa dikeluarkan untuk sesuatu projek. habis segala simpanan. tak pernah orang tahu; tabung terpaksa dipecah untuk membayar toll. wallet hanya tinggal lesen dan juga ic.. itu cabaran yang amat perit pernah kami tempuhi.

namun, semangat dan keyakinan masih tebal. abanglong tetap berpegang bahawa sembilan dari sepuluh rezeki itu datangnya dari perniagaan. dan abanglong juga yakin bahawa bisnes engineering design and fabrication ini adalah satu fardu kifayah untuk abanglong. sokongan padu dari yang tersayang, keluarga serta rakan rakan terdekat menguatkan semangat dan keyakinan diri ini.

hari ini, setelah dua ramadhan dan bakal menjelang syawal ketiga, abanglong bangga dengan pencapaian kami.

abanglong amat bersyukur kerana mampu sampai ketahap ini

dan abanglong amat terharu dengan kepercayaan dan keyakinan serta semangat bersama dorongan yang ditunjukkan oleh mereka mereka yang berada disikitar abanglong.

alhamdulillah.

hari ini, tanpa abanglong sangka, tanpa abanglong duga; Allah begitu bermurah dengan memberi rezeki dan peluang peluang baru. abanglong akur dan sujud dengan kebesaranNya.

projek bernilai jutaan ringgit kini telah tergenggam. kontrak pembekalan untuk tempoh 3 tahun; dengan sebuah syarikat pembekal tenaga akan ditandatangani selepas syawal ini. kontrak untuk production – satu income yang tetap untuk tempoh 2 tahun juga akan ditanda tangani sedikit masa lagi.

research and development grant – menunjukkan tanda tanda yang amat positif untuk dianugerahkan kepada kami.

alhamdulillah.

sesungguhnya; tiada kejayaan yang datang bergolek. usaha yang gigih dan tawakal kepada yang Kuasa, itu tonggak utama untuk kita semua. percayalah…

to all my friends, to all the readers; yang selama ini banyak mendoakan kejayaan kami; terima kasih. sinarnya semakin terang dan insyaAllah, kejayaan itu akan kami genggam. insyaAllah.

untuk yang tersayang, thank you so much for your presence in my life.

untuk anak anak; ingatlah, dari mana asal kita dan kemana hala tuju kita. papa berusaha dengan gigih demi untuk anak anak. papa tidak minta apa apa balasan, cuma jadilah anak anak yang soleh dan sentiasa mengikut perintah Tuhan. ilmu dunia dan akhirat biar seiring.

untuk semua.. thank you so much, for everything.

i love u all.

22 Responses to “nostalgia ramadan”

  1. way to go abanglong! keep it up!
    saya.. tak, kami akan sentiasa doakan abanglong berjaya..
    amin🙂

  2. hah ape lagi
    open la job vacancies

    hahahaha

    tahniah

    nak duit raya!!

  3. may success always be yours abg long..

  4. tahniah…tahniah…semoga semuanya berjalan dengan lancar dan diberkati dan dirahmati olehNya setiap masa…

  5. tulah kan..kalau kita bersabar..akhirnya..dapat gak le balasannya..

    alhamdulillah…

    i’m happy for you abg long.. semoga sucess selalu.. !

    * bila nak buat open table? hehehee…

  6. serinditrimba Says:

    Abang Long,

    Alhamdulillah.. rezeki anak-anak tu semua. Alhamdulillah.. tahniah. Moga di masa akan datang dipermudahkan rezeki abang long sekeluarga

  7. wahh… Terharu la baca entry nih abg long..

    Bukan senang nak berjaya…
    Bukan susah nak susah..

  8. abanglong,ibu say selalu pesan…everytime dapat sesuatu yg kita nak…buat sujud syukur…i mean practically sujud…em…ikut je cakap org tua ni…hahahha

    but so far,ni best entry la…trasa di apreciate walaupun setakat jadi pembaca blog ini…heheh

    tahniah….

  9. alhamdulilah..go go go abanglong…

  10. tahniah…..thanks for sharing your experience…

  11. i do remember mcm mana abglong kuar dari opis gara2 UNTA… mcm mana you buka business, tak der duit at that time, itu effa tak nak bayar your fees n so on… kesian sgt time tu…

    still remember all d story…

    semoga rezeki abglong bertambah dari tahun ke tahun… jgn lupa org2 yang susah kat luar tu bila dah senang ya…

    selamat hari raya n maaf zahir batin abglong n family…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: