arnab kecik

bapak arnab pulang dari kerja…
arnab kecik berlari..bertanya gula gula
bapak arnab cakap..
boleh.but kiss papa dulu
dan arnab kecik itu kiss
dan terus berlari…
dan ketawa
dan jerit.. eiiiii papa bucuuukkk aaaa
.
.
yer la..ari ni papa potong besi longkang. cakap papa
.
arnab darjah satu menyampuk
papa potong besi longkang ke.. papa kan boshhh.
.
.
uiksss
..
.
.

untuk anak anak papa .untuk along hingga ke qaira dan adiknya…. andai terbaca blog ini.

.

.
anakku. pangkat,kedudukan,kuasa dan pengaruh.. itu hanya skala yang diujud oleh manusia. its just man made. hanya ‘imaginasi’ manusia untuk membeza bezakan antara sesama manusia.

dan pada umumnya, sesiapa yang berpangkat atau berkedudukan; akan hanya bergaul dengan mereka yang kononnya setaraf dengan mereka. mereka yang berjawatan tinggi; mana mungkin akan turun kebawah bersama golongan ‘kuli’. mereka yang berpengaruh kuat, mungkin akan rasa hilang taringnya andai bersama orang bawahannya…

itu sifat normal manusia.

dan itulah tabiat manusia wahai anak anakku.

papa juga manusia biasa yang pada hakikatnya punyai konsep pemikiran yang hampir sama dengan semua itu.

namun papa sering cuba ingatkan diri papa. yang hakikat kehidupan sebenar adalah tidak sebegitu. kita ini semuanya manusia biasa. tiada lebih dan tiada kurang. dan kita sebenarnya tidak layak untuk mentarafkan manusia lain. hanya Allah saja yang ‘ada lesen’ untuk menilai kita.

tidak ada kurangnya pangkat kalau papa bergaul dengan mereka. tidak akan kurang gaji papa kalau papa buat kerja kerja mereka. tidak akan hina papa andai papa bergelumang dengan habuk dan minyak bersama mereka.

ingat… walau setinggi mana kedudukan anak anak papa besok… jangan sekali jadi angkuh.

jangan sekali kali terlebih bangga dengan apa yang ada

dan jangan sekali kali ujud perasaan dalam diri… aku ini hebat.

jangan ada perasaan rendah diri. ujudkan perasaan rendah hati.

insyaAllah… hidup kalian akan lebih aman dan lebih bermakna.

…papa sayang kalian semua.

.

.

.

.

tie kesayangan…membawa sejuta kenangan. dipakai semasa majlis konvo.

4 Responses to “arnab kecik”

  1. ayuaisara Says:

    I could’nt agree more with you..walau macamana skali kita di atas..suatu hari nanti mungkin akan ke bwh jugak…

  2. besh..besh…nas pown kadang pelik ngn perangai sesetengah boss yg nak duk sebelah kerani pown x nak…dunia je tu padahal…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: