raudah….

misi mencari ketenangan, mencuit keredhaan…..

-entry ini penuh dengan gambar… –

ditujukan khas untuk anak2 semoga sentiasa bersyukur dengan segala kenikmatan yang dikurniakan Ilahi….

lokasi – Pondok Penyayang Raudah, sebuah pusat anak anak yatim persendirian terletak di Gombak

GPS – N 03 17.58 E101 43.781

Petang jumaat, sesudah solat. Tiba2 papa teringat tentang ajakan seorang kenalan untuk ke pusat asuhan milik rakannya.

a few phone calls and papa on the way.

Papa kesana untuk melihat sendiri keadaan anak anak yatim di sebuah pusat asuhan.Papa ingin menyaksi sendiri bagaimana mereka menjalani kehidupan harian mereka. siapa yang menjaga mereka, siapa yang menyediakan makanan mereka, belanja harian dan sebagainya..

Anak anak ku, andai kita berbakti kepada mereka, percayalah bahawa ganjaran yang telah dijanjikan oleh Tuhan amatlah besar. Berbuat baiklah kepada mereka dan jangan sekali kali memakan harta anak anak yatim….

Papa pernah tulis dalam entry sebelum ini tentang kisah pelajar yang terpaksa menjaja barangan dari setempat ke setempat…

mereka itu dari sekolah tahfiz, sekolah anak yatim dan sebagainya

terpaksa berhadapan dengan kita, dengan alasan kononnya untuk latihan…

yeahh… rite!

anak anak papa… disini ada hampir 50 kanak kanak berbagai usia tinggal. mereka sudah ketiadaan insan bernama ayah dan ibu. mereka membesar sendirian. kawan kawan menjadi tempat menumpang kasih dan sesorang yang langsung tiada pertalian darah, dipanggil ayah….

mereka adalah anak anak yatim.

(bukan anak pakcik Yatim yang kat kajang tu yer anak anak……)

Namun pada masa papa berada disana, hanya sebilangan kecil sahaja yang ada, lain lainnya mungkin berada disekolah.

beratap zink dan berdinding kayu… bayangkan masa hujan atau ditengah hari yang membahang ! betapa bertuahnya anak anak kerana ada tempat yang selesa untuk berlindung kan !!! tengok rumah mereka….

deretan bangunan itu adalah asrama untuk pelajar lelaki.. rumah yang saiznya hanya besar sedikit dari pondok. ianya berkunci, so papa tak dapat melihat keadaan didalamnya.

namun, papa amat yakin…. ia berbeza bagai langit dan bumi dengan bilik anak anak papa….

bersyukurlah wahai anak anak ku.

main building. kat situ adalah offis,bilik guru,bilik mesyuarat,dapur,dining hall,bilik kuliah,surau dan juga asrama untuk pelajar puteri.

itu kolah air. mungkin untuk mandi pagi dan juga berwuduk… tiada shower atau water heater. tiada washing machine….

belakang tu adalah dining hall mereka…

tidak berdinding… kawasan mereka ni berhampiran dengan hutan…

anak anakku, fikirkan tatkala mereka makan, tentang nyamuk, tentang tempias hujan atau.. cuba renungkan…apa juadah yang dijamah mereka seharian ?

simple saja setting ruang makan… bandingkan dengan tempat yang selalu kita makan duhai anak anakku…

betapa bertuahnya kita kan !

tulisan tulisan motivasi dan nasihat nasihat memenuhi ‘dinding’ juga goodie bags yang mereka dapat semasa jamuan anak anak yatim yg mereka hadiri…. kalau ada jemputan, maka merasalah mereka makan di hotel.

kfc, mcd dan seangkatan…mungkin hanya dinikmati setahun sekali kot !

anak anak papa macamana ???

sushi ?

johhnys ?

chicken rice shop ?

j co donut ?

.

.itu ayat peringatan… membawa maksud kita didunia ni berbelanja dengan duit yang kita cari seharian

namun

diakhirat… satu tempat yang kekal abadi…

kita menggunakan pahala.

so anak anak papa yang papa kasihi…buru lah sebanyak mungkin pahala didunia ini.

pemilik pusat ini. he once was a well known pelakun. mendapat hidayah dan bertekad untuk berjuang dijalan yang di redhai…. sudah hampir 20 tahun !

banyak papa berborak dengan beliau.

dan begitu banyak ilmu ilmu yang dicurahkan… kira papa mendengar khutbah jumaat buat kali kedua lah untuk hari ini.

he said…

paling penting….solat 5 waktu. jangan abaikan…. analoginya; kalau kita bekerja dan boss arahkan 5 tugas untuk hari ini, tapi kita buat 3 jer.. lagi 2 malas or sengaja tak nak buat…

apa boss akan cakap ???

apa apa yang berlaku, atau apa apa yang kita nak…mintak direct dengan Allah. kita ada direct line Nya….. DOA, kata ustaz itu.

tak kira siapa kita, pengurus syarikat ka, engineer ka,lawyer ka,doktor ka, menteri ka… malah sesiapa saja… berdakwahlah.

caranya mudah… kalau doktor.. masa bagi ubat, hanya pesan… nak makan ubat ni, baca bismillah dulu. bukan ubat ni yang kasi sembuh, tapi Allah….

dahhh dapat markah.

kalau engineer…. tuan, saya dah siap cipta mesin ni untuk syarikat tuan…. memang canggih, namun itu hanyalah seakan debu dibanding dengan ciptaan Tuhan…

dahhh ada bonus.

kalau sipenjual burger, sambil menggoreng.. tidak salah andai berpesan kepada pelanggan, jangan lupa solat yaaaaa…..

ada lah pahalanya nanti.

dan bermacam macam cara yang sangat simple…

yang sering papa terlupa dan terleka.

membuat

papa tersenyum pahit.

antara koleksi istimewa mereka, batu batan dan kayu kayan yang terukir kalimah Allah…

secara semulajadi….

Subhanallah.

pesanan yang cukup ringkas tapi penuh makna anak anakku….

main point is, bersyukur dengan apa yang kita ada….

jangan kita selalu pandang dan compare dengan orang atas kita kerana kita akan sentiasa tewas…

bersyukur lah anak anak ku

kerana, hidup kita, walau sederhana namun ternyata kita adalah jauh lebih baik dari sesetengah mereka.

bersyukur dengan rezeki Allah…

anak anak ini dilatih untuk bernasyid.

mereka ada mengeluarkan album nasyid yang digunakan sebagai salah satu sumber pendapatan untuk menyara kehidupan mereka.

anak anak papa…

sepetang papa bersama mereka, banyak menyedarkan papa tentang erti kehidupan dan makna syukur.

mungkin satu hari nanti akan papa bawa kalian untuk menyaksikan sendiri.

untuk sara… kolam dalam gambar atas  tu bukan swimming pool ya.tak payah bawak baju mandi.

mungkin sama sama kita boleh tengok kehidupan seharian mereka

atau mungkin, kita boleh fikirkan sesuatu untuk membantu mereka….

..

.

.

.

untuk kawan kawan readers..

doakan moga abanglong berjaya dalam bisnes,

ingin abanglong membuat sumbangan untuk mereka mereka ini andai diberi rezeki yang lebih.

doa doa lah.

thanks.

16 Responses to “raudah….”

  1. salam,

    melihat keadaannya, buat catz insaf ..
    membaca apa yg ditulis, terasa banyak kekurangan diri.
    harus ku lebih bersyukur,
    thanks for sharing this.🙂

  2. ayuaisara Says:

    totally agree..tapi would like to add 1 point here..espcially to parents yg sibuk keja weekdays and weekends..tak kira utk duniawi dan akhirat..anak2 dirumah siapa yg tengok kan mereka..wang ringgit tak kan sama dgn masa dan kasih syg.fikir2 kanlah. my 2 cents..

  3. Terharu sungguh dengan post ini, thanks for sharing. Boleh ke sesiapa saja pegi melawat? Siapa tuan rumah Raudhah ni?

    • abanglong Says:

      jie – boleh. sesiapa saja boleh melawat and tidak perlu appointment. cuma elok call in advance kot2 they all ada program apa apa.

      tuan rumah kedaun is ust mokhtarudin.
      🙂

  4. InsyaAllah bang long. Moga2 Allah berikan rahmat rezeki untuk kita, dan kita salurkan juga pada mereka.

    • abanglong Says:

      abah – terima kasih. itulah, kita sering alpa dengan nikmatNya dan sering kita terlupa dengan mereka mereka yang sememangya amat memerlukan keperihatinan kita…..

  5. insYALLAH abg long..sedihhh….tapi kalo da gmbar ank2 yatim raudah lagi menikam kalbu….

  6. bukan nak riak .. tapi nak kongsi .. masa tu ros baru tengah cari kerja .. tak pernah sampai temuduga kedua .. so one day tu .. ros pegi ke pondok raudhah ni .. tujuan utama memang nak bersedekah .. jumpa isteri kepada pengetua .. memang betul adalah hulurkan sikit bantuan .. tapi hati terdetik sangat nak tolong .. ada diminta carikan siapa2 yang dapat mengajar BI pada anak2 disini .. masih tak tertunai lagi ….

    berkat doa anak2 disini .. 2 minggu lepas tu .. dapat call .. untuk temuduga kali ke-2 .. dan sekarang kekal dalam pekerjaan tempat ini dah nak masuk 3 tahun .. alhamdulillah🙂

  7. Salam , saya minta izin untuk guna gambar untuk di war-war kan kepada sahabat lain.

  8. subhanAllah… sungguh menginsafkan, jarang2 org nak g melawat bila free, biasanya org2 lain lebih suka g shopping…. sy doakan usaha encik ni akan diberi ganjaran pahala dan kesihatan sempurna…amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: