insan called kawan.

sudah lama tidak menulis. mungkin ketenangan fikiran masih samar. atau mungkin juga jiwa sering meronta!

.

.

dalam perjalanan hidup, meniti rentak dalam alam perniagaan. kami sememangnya tidak boleh lari dari berinteraksi dengan orang lain. kenalan, rakan dan juga sahabat. dan sesungguhnya, hanya mereka yang terjebak, akan tahu nilai insan insan bernama kawan dalam perjuangan ini.

.

.

ada, seorang kawan.. disaat kami keperitan dan kepayahan…

diawal penubuhan syarikat ini. dia datang dengan tawaran perniagaan yang cukup menarik. ada kena design satu mesin yang canggih dan cukup tinggi tahap kejituannya. hampir sebulan abanglong tidur hanya beberapa jam demi untuk menyiapkan design tersebut.

namun, kawan itu pergi dengan mesin yang dah berfungsi… meninggalkan bayaran yang tertangguh berjumlah lima angka.

pedih !

disaat setiap sen menjadi timbangan…..

atas apa alasan pun, dia hilang bersama bayaran itu.

takpa

hari ini mungkin dia dah kaya raya.

ingat pesan ayah – biar orang ainaya kita;jangan sesekali kita ainaya orang.

.

.

.

ada kawan.pernah datang dengan seribu janji menawan.menawarkan kontrak lima tahun.nilainya ? tujuh angka.

dengan tawaran perkongsian keuntungan 60-40

…..

abanglong tidak pernah menolak setiap tawaran dan peluang.

.

.

maka kami bertungkus lumus menyediakan dan cuba memenuhi syarat syarat yang diperlukan.

setiap lawatan kekilang kami, diberi layanan yang terbaik.

belanja makan minum toksah cerita lah.

dua bulan  abanglong bersengkang mata menyiapkan design yang diminta.

..

siap design, diam membisu hingga ke hari ini !!!

phone calls pun tannak angkat…

sib baik design submite aritu only hard copy !

ada juga kawan yang begitu gigih menjaja cerita

begitu bersemangat membawa dongeng

apa tujuan.. abanglong sendiri kurang pasti.

mungkin hobi atau mungkin juga badi.

fitnah, penghinaan, kutukan, backstab, u name it…

semua satu package

haha.

pun begitu

ada terlalu ramai kawan kawan yang sering mendoakan kejayaan kami

yang tanpa jemu memberi sokongan dan dorongan

seiring doa yang tak putus

tak lokek dengan ilmu

tak kedekut dengan wang ringgit

kepada mereka mereka itu

dengan rendah hati abanglong mengucapkan jutaan terima kasih. sesungguhnya mengenali dan bersahabat dengan anda semua, merupakan salah satu saat yang terindah dalam hidup abanglong.

hanya Allah jua yang mampu membalas jasa anda.

sesungguhnya suntikan semangat dan dorongan itu membakar semangat dan memberi kekuatan untuk kami terus berjuang.

i love u all

i really mean it.

19 Responses to “insan called kawan.”

  1. ayuaisara Says:

    Idup mcm roda.Ada masa di atas n ada masa di bwh.Ari ni ari dia esok ari kiter sapa tau.yg penting keja kuat dgn kesabaran..

  2. ani-aya kot… aniaya (hehe, lepas ni mesti tak berapa love dah, hehe)

    kami doakan kejayaan abang long!

    • abanglong Says:

      lee lin – hiks…. mula tu tak perasan ani-aya tu.. lepas incek plane komen baru notice.. tu ler, makan asam banyak sangat, so sakit perut masa kelas BM dulu hahahaha.

      thanks for the doa🙂

  3. yeap..my mom always pesan, biar org buat kita..jgn kita buat org..if we do no wrong, one day the situation will be reversed on itself..jadi hati ini always sejuk tiap kali tingat pesan tu…

    so abglong, keep on going yeah..my prayer for your success always…

  4. biasa la tu abglong…orang dlm perniagaan mmg selalu diuji..dengki mmg sentiasa disisi………..itulah.. itu org berniaga akak ni tak de ape2 pun sentiasa diuji..sentiasa di pijak….sedehnye….tapi akak sentiasa doakan kejayaan abglong….amin.

  5. biasa la tu abglong…orang dlm perniagaan mmg selalu diuji..dengki mmg sentiasa disisi………..itulah.. itu org berniaga akak ni tak de ape2 pun sentiasa diuji..sentiasa di pijak….sedehnye….tapi akak sentiasa doakan kejayaan abglong….amin….lagi satu…nak puji sikit..hehe…cantiknya gambar waktu malam tu..

    • abanglong Says:

      yanglerni – mekasih akak…. berniaga ni, banyak rintangannya.tambah lagi dikelilingi oleh melayu ber PHD tinggi nih hehehe.

      gambar malam ? ermm thanks. masih belajar ni kak…

  6. Semoga abg long makin success..Dapat melalui dugaan yang datang..Ada kawan2 yang boleh buat Hi! Hi!, Bye!Bye!..nak plak jenis parasit..makan hasil orang..Chaiyokkkkk

    • abanglong Says:

      aween – mekasih… ramai yang jenis2 hi hi bye bye ni.. namun terlalu ramai yang sering mendoakan kesejahteraan kita. so utk yang jenis hi hi bye bye tu, kira bye bye laaa hehehe

  7. Sebagai seorang rakan saya ingin menyatakan terdapat kesalahan ejaan dalam entry balong kali ini…aniaya not ainaya okey? contohnya menganiayai bukan mengainayai..semoga balong sukses!!!

    • abanglong Says:

      plane – huhuhu…. takder masa kelas BM dulu, masa cikgu ngajo ainaya vs aniaya tu bamlom sakit perut.. pi toilet lama sangat, tu pasal salah eja…. wakakakaka

      thanks anyway

  8. Salam ukhwah abang long…

    Seronok baca pasal kawan….ya biar orang aniaya kita jangan kita aniaya orang…suami selalu terkena macam tu…Alhamdulillah biasanya Allah akan ganti balik dalam bentuk yang tidak disangka2…sebab doa orang2 teraniaya cepat dimakbul Allah…
    Sabar…dan jauhkan diri dari mereka itulah perinsip saya..sekali terkena…cukup sebagai…tanda harus berjaga2…biasanya mereka akan kembali…..untuk cuba berbaik lagi….dan ada ruang saya akan cuba perjelas sebab dan akibat perbuatan mereka tanpa ada nilai permusuhan…semoga menjadi peringatan pada mereka..untuk tidak berbuat lagi….

    • abanglong Says:

      shami – Itu lah. kita hanya berserah jerlah. cuma lumrah manusia, kadang kadang…. hanggiiiiiin hehehe

  9. salam kenal abanglong.

    Semoga abanglong sabar…kerana DIA akan sentiasa bersama² dengan orang² yang sabar. Dan semoga Abanglong juga akan terus sukses dalam apa jua usaha yang abanglong lakukan. Amin.

    • abanglong Says:

      bayukk – InsyaAllah cuba sentiasa sabar.Doakan moga kami tabah menghadapi segala dugaan dan dimurahkan rezeki…..

  10. i sokong dekat blog je la.. hihi

    all the best for these coming years!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: