Archive for rasuah

In life… First time

Posted in its just a jot with tags , , , , on June 10, 2011 by abanglong

Paid rm40

Never been there!

20110610-105646.jpg

pen penguasa SPRM kena kes rasuah ?

Posted in its just a jot with tags , , on February 19, 2010 by abanglong

ni apa citer ni !

tengok metro online

Penolong penguasa SPRM didakwa rasuah

2010/02/19

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Seorang penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah untuk tidak meneruskan siasatan ke atas seorang suspek siasatan kes rasuah, Oktober tahun lalu.

M Mohan, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh. 

Tertuduh didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah kerana disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia. 

Mohan juga didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama.

 

Kedua-dua tuduhan didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor, Tingkat 14, Plaza Masalam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, E9/E, Seksyen 9 di sini, antara pukul 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Oktober tahun lalu. – Bernama

 

link kat sini

IJN- what a joke

Posted in its just a jot with tags , , , , , , , , , on December 23, 2008 by abanglong

i jarang comments on political issues. but these recent IJN take over ni makes me macam nak puke. udah la nak ‘kekoh’ segala hak rakyat wei….
lets start with telekom.once privatised and become sole provider; apa yang rakyat dapat ? yes; somehow there were new things introduced ie internet (from dial up till streamyx) but its damn far from other countries. being monopoly and protected by the big G makes their telur so big. service teruk, complaints goes to deaf ears..
then the TNB. untung billion billion.. tapi tariff nak naik manjang. if we do decide not to bayar;nak sambung plug laptop katner?? kat bontot ? nak tak nak we have to walaupun dia punya rate naik each year. alasan menampung kenaikan kos and bla bla… dude; wake up; learn how to do business…
banyak lagi benda kalau nak komen.tapi dah tak larat nak cakap. rasa rasanya; dua tiga bulan lagi; ada ler projek lereng bukit akan naik…. correct me if i’m wrong!
these recent IJN, tetiba jer nak take over. janji mmg manis; tak kan bebankan rakyat. charge tak naik… yeah… rite ! the previous PM,admit that the service IJN in is top notch and they have superb staff with hi end equipments.no doubt that a family friend of mine who works there enjoys a monthly salary that equavalent to annual income of many of us here. but the rakyat like us still goes there sebab still affordable.
buatnya dah privatise; dah elok buat coronary bypass… tengok bill; kena heart attack, terus padam ! mana nak komplen ?

p ramlee; sindiran panas- lawak pedas

Posted in its just a jot with tags , , , , , , , , , on July 27, 2008 by abanglong

someone send me this mail. it’s interesting !

subject: FW: Semoga Allah Ampunkan P Ramlee ..
[analisa filem2 p ramlee dibawah dikaitkan dengan kejadian hari ini…filem sindir sindiran, yg tak dimakan zaman]
Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang paling menarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukan main cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuan rumah kena paksa membeli. Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yang tersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksa orang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu. Banyak terjadi sekarang…. Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pula tu. Barang yang murah, boleh jadi berkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.
Siapa penyamun dan siapa yang kena samun. Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu.
Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak-budak sekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan buku ke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun Kemudian, dalam ‘scene’ yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?
Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikann ya. Beliau mungkin telah lihat perkara begitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok, dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapat perlindungan pula itu.
Cuba pula kita lihat 3 Abdul…tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkap monyet. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dah tetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja. Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada ‘25%’ itu untuk orang tengah.

“Kalau marah nanti kena jual”. Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena dengan orang marah.
Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telah ditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah. Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senang kena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonoh dan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekat restoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.
Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulu tugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isu ketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kena tukar mengawal kegiatan samseng di sekolah. Jauh sangat turun nya.
P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupun istilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijaga EQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing-masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.
Alibaba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah,asalkan pandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, ada macam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nak diagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka.
“kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akan mengambil tindakan” Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.
P.Ramlee dah bagitahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi,kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahun dulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai.
P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang…atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliau menceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali.  P.Ramlee menggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.
Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego si Sultan.Pertaruhan.. .perjudian. .dah tentu ada taukehnya.. Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi “ketua kepada segala ketua perbicaraan” . Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. “correct… correct”  Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara. Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama seperti sekarang, penasihat negara ialah peguam.. Nasihat peguam penting sebab dia yang tahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.  Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu oleh ahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secara kebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannya besar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orang curi rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot. Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing-masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah.   Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramlee hidup dulu.
Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana ia satu-satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee. Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi kerana kononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan. Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macam lagi kerana wanita. Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsa untuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing. Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap, masing-masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri dan Baginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkap itu pula ialah orang kuat Baginda sendiri. Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah pada waktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan. Sultan pula tergamam tak terkata.
Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi pula dengan ‘happy ending’ sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jika menyinggung pihak tertentu. Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dan kebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TV jika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem dan filem-filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun.
Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose, Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagi yang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee. Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datang juga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai diri sendiri.. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusi karyanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri, terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri …. hahaha…..